BUTTON FOLLOW

TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA PADA MASA LALU,TIADA INSAN BERDOSA YANG GELAP MASA DEPANNYA..

Thursday, 24 May 2012

SAHABAT...

**TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati..

dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG,KASIH & KASIHAN.

Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan : BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA.

Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI.

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI,MENGHARGAI & MENGINGATI..

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu " SAHABAT "...**


**Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama..
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya.. :

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia..
**Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”


sebahagian sahabat2 aku... :) yg tak de gambar tu jgn kecik hati oke..korang still dalam ingatan aku larr...haha


No comments:

Post a Comment