BUTTON FOLLOW

TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA PADA MASA LALU,TIADA INSAN BERDOSA YANG GELAP MASA DEPANNYA..

Tuesday, 31 December 2013

Tamat Sudah

Assalamualaikum w.b.t

okay saat nukilan ini di taip buat tatapan para pembaca sekalian. tinggal beberapa minit je lagi tirai 2013 akan berlabuh. cehhh macam kapal dari negara seberang nak berlabuh kat laut kampung aku pulak kan. (haha)  pengakhiran 2013 makin hampir. tahun segala kedukaan. keperitan. kesedihan akan hilang dari penglihatan. tapi ingatan aku masih kuat untuk terus mengingati apa yang di lalui sepanjang aku hidup. apatah lagi tahun yang banyak aku lalui pelbagai dugaan serta ujian dari yang maha Esa. aku tak pernah rasa menyesal untuk menidakkan apa yang Dia beri kepadaku. aku tahu jika Dia memberi pelbagai ujian serta rintangan maka Dia juga tahu yang aku mampu menanggungNya. sungguh besar kuasaMu ya Allah. aku cuma berharap agar tahun yang bakal tiba entah berapa minit ini akan membawa sinar kebahagiaan dalam liku liku kehidupan serta kehidupan di jalani itu mendapat keredhaan dari yang maha Esa. InsyaAllah :)

okbye!

Monday, 30 December 2013

Aku Masih Tercari Cari

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah tidak aku sangka sama sekali, ini rupanya perjalanan hidupku selama 20 tahun aku hidup. jarang sekali kebahagiaan yang aku dapat. hanya kepahitan, kesedihan yang harus ku telan untuk menjalani kehidupan ini. mana kau Ya Allah? aku tahu kau bersamaku siang dan malam. tetapi hambaMu ini tidak hirau sama sekali padaMu. agamaku masih Islam, namaku masih berbin kan orang islam tetapi aku? perintahMu hanya aku pandang tanpa melakukan bersungguh sungguh. kadang kadang buat dan kadang kadang tak buat. kekadang akal fikiran ini berfikir, adakah masih ada peluang untuk hambaMu ini bertaubat kepadaMu? dosa demi dosa ku kutip tanpa menolah ke belakang untuk bertaubat kepadaMu. hanya sedikit pahala saja untuk bekalanku ke SyurgaMu kelak. MasyaAllah, hanya sedikit itu? sungguh malang nasibku mempunyai peribadi yang agak busuk di mataMu. dan kekadang aku berdoa di dalam hati. agar aku dipertemukan bakal imamku yang mempunyai akhlak serta peribadi yang disanjungMu. aku jugak berharap bakal imamku sebaik baik manusia yang dapat membimbing ku ke jalan yang benar hingga ke syurgaMu kelak. aku masih tercari cari bayang bayang bakal imamku. di mana dia? hanya kau yang maha mengetahui. aku tahu belum tiba masanya untuk aku bertemu imamku. tapi aku yakin satu hari nanti aku pasti bertemu dengan nya. cepat atau lambat saja. InsyaAllah :)

okbye!

Sunday, 29 December 2013

Subhanallah

Assalamualaikum w.b.t

subhanallah cantiknyaa dia. bertubung labuh melepasi dada. berbaju kurung longgar. berstokin di kaki. berhandsock di tangan. subhanallah indahnya. *hatiku memuji rakan rakan yang lain* aku bila lagi? *hatiku berbisik*

jawapan ku masih tiada, tetapi niat yang satu itu sudah ada di hati. cuma masih belum pasti, hari yang ditunggu untuk menjadi seperti mereka masih kabur kabur. aku tidak pasti bilakah. hanya DIA yang maha mengetahui segalanya. dan aku pasti bila tiba masanya pasti akan ku kejar langkah mereka untuk berjalan seiring menuju keredaan yang satu itu. berubah mengikut langkah mereka menuju keredaan Illahi bukan hanya semata mata. niat yang ikhlas pasti ada bila tiba masanya. aku tidak mahu menjadi pemungkir janji, aku hanya mampu berkata insyaallah. bila tiba masanya aku akan mengikut langkah mereka. doakan aku ye :)

okbye!

Duka Lara

Assalamualaikum w.b.t

keputusan telah di buat. Alhamdulillah, aku memilih tidak menerima tawaran dari Institut Pertanian Kedah tuu. bila fikir fikir kan balik kenapa aku tak terima tawaran tu sedangkan masa cek keputusan dapat atau tidak kolej pertanian tu aku gatal tekan setuju dalam erti kata lain kira aku terima tawaran tu. ini tak terima pulak dah macam apa je aku ni. entah lah, mungkin masa tu aku masih ragu ragu. nak terima atau tidak? ke aku patut terima tawaran tu untuk kebahagiaan orang lain atau aku tunggu tawaran lain untuk masa depan aku. sejujurnya aku takut untuk buat keputusan sendiri. aku takut apa yang aku terima nanti jauh dari apa yang aku harapkan. pengajaran yang harus aku ingat sampai bila bila yang satu tu lah. sekerat jalan tanpa ada penamat. mana penamatnya? belum tiba masanya lagi tapi aku sendiri yang robohkan. robohkan tanpa alasan munasabah. bodoh sangat agaknya aku ni. sekarang, siapa yang merana? aku jugak. tapi aku tahu aku bukan seorang yang merana. mak dan abah ajugak merana. pengbaziran masa selama 2 tahun macam apa entah. duit mengalir macam air tanpa aku hiraukan. air mata orang tuaku tidak aku hiraukan sama sekali. pengorbanan yang mereka lakukan untuk aku tidak aku peduli kan langsung. mana hati dan perasaan ini? hanya tahu mengguris hati tua mereka saja. aku ingin menjadi anak solehah. anak yang mendoakan kedua ibu bapanya. nak yang sentiasa di ingati oleh mereka. aku jugak ingin menjadi anak kebanggan mereka. tapi bila itu semua akan terjadi? aku masih belum jumpa jawapan yang satu itu.

okbye!

Thursday, 26 December 2013

Dupdapdupdap

Assalamualaikum w.b.t

seriusly aku tak sangka yang dia seberani tu. tak betul ke ape dia nii. boleh pulak tanya aku yang aku suka dia ke takk. ishhh soalan apakah ini. dia tak tahu ke orang yang dia tanya ni insan yang bernama wanita. sah sah lah aku malu tahap gaban. aishhh aku betul betul malu. kalau lah esok esok aku jumpa dia, aku nak buat ape? tak kan nak tersipu sipu? awak awak, agak agak ler bila bertanya. tahu tak saya ni pemalu yang teramat lagi lagi bab yang satu itu...


okbye!

Tuesday, 24 December 2013

Aku Adalah Aku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. rasanya dah sebulan aku kerja kat kedai buku tu. kedai buku mana biar lah ia menjadi rahsia. bukan tak nak bagitahu. nanti confirm2 lah korang pergi serbu kedai buku tu kan. semata mata nak jumpa aku. bajet gila aku kan? macam ler aku ni popular sangat. hahaha. tak kesah lah korang nak cakap aku apa. itu mulut korang. hehe. 

lama jugak aku tak update entry baru kan. ye lahh aku busy sikit. lagipun internet rumah dah hampir sebulan tak bayar. sampai orang TM call suruh bayar before khamis ni. kalau tak line telefon dan internet kena potong. aduhhh kalau kena potong habis lah. nak layan youtube tak boleh. nak layan tonton pun tak boleh. facebook, twitter pun tak boleh nak online. apatah lagi blog pun ak dapat nak update. lagi bosan lah hidup aku nanti. huhuhu

act aku ada something nak share kat sini. aku dapat sambung belajar bidang yang ayah aku pilih. tapi jauh nun di kedah sana aku dapat. aku takut aku tak mampu nak berpisah jauh jauh dengan adik adik. dengan family. aku mana pernah duduk jauh dengan family. tapiiii aku kena buat satu keputusan yang betul agar ayah dan mak aku tak kecewa dengan keputusan yang aku buat. InsyaAllah. korang tolong doakan sekali ye. moga aku dapat buat keputusan dengan tepat. bidang apa yang aku dapat nanti lah aku cerita okay. :)

tutup cerita pasal masa depan tu. sekarang aku nak cerita pasal diri aku pulak. aku tertanya tanya jugak kat diri aku ni kan. bila nak ada boyfriend. tapi aku tak nak boyfriend yang kawan lepas tu putus. aku nak yang akan jadi imam aku nanti. yang akan pimpim aku hingga ke Jannah kelak. aku tertanya tanya jugak sape lah ea lelaki yang bertuah yang dapat isi ruang hati aku yang sering di kecewakan oleh insan yang bernama lelaki? aku harap aku dapat seorang suami yang bertanggungjawab dalam segala hal termasuklah hal hal yang berkaitan dengan agama. InsyaAllah


dan ada satu lagi yang betul betul hati aku tertarik. tapi belum aku cuba ke arah yang satu itu. aku ingin lakukan satu perubahan besar dalam hidup aku. bertudung labuh, menutup aurat dengan sempurna. pakai stokin, handsock. Indahnya jika aku sudah bersedia ke arah yang satu itu? aku ingin menjadi wanita yang betul betul boleh di gelar wanita solehah. Ya Allah indah sungguh jika hati ini betul betul sudah bersedia. kau beri lah aku seseorang yang dapat memberi tunjuk ajar kepada aku tentang perubahan yang satu itu.. 

rasanya takde apa lagi nak aku share. setakat ni je kot. InsyaAllah kalau ada something yang menarik nanti aku share kat sini okayy. tunggu entry yang seterusnya..

okbye!

Friday, 20 December 2013

Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

bila ada yang menyibuk bertanya itu dan ini tentang jodoh. kelam kabut nak berterus terang. adakah hati ini dah ada yang punya atau belum. letih sebenarnya nak jawab. tiap tiap hari yang bertanya bukan orang yang sama. bagi aku belum tiba masanya kot. itu kata mulut. padahal hati ini dah dup dap dup dap dengan seseorang. tapi itulah bila hati dah betul betul sayang kan seseorang. mulalah muncul seseorang yang di gelar istimewa bagi dia. sungguh sentap hati ini bila dia dah berpunya. aku? hanya ternganga tanpa mengeluarkan sebaris ayat pun. siapa yang tak sedih bila hati mula berbunga bunga tapi akhirnya terkulai macam bunga apa entah. mungkin tiada jodoh antara kami. biar Allah yang menentukannya. sesungguhnya pilihan Allah sentiasa yang terbaik buat hambanya. InsyaAllah. :)

okbye!

Sunday, 1 December 2013

Luahan Hati

Assalamualaikum w.b.t

hari ni dah 1st day untuk bulan baru. bulan disember 2013. dan tinggal sebulan je lagi yang tahun akan berganti ke tahun baru. tahun 2014. makin bertambah tahun maka bertambah lah umur aku nanti. haha. makin tua lah aku. perancangan hidup pun belum banyak yang menjadi. belajar pun tak habis lagi. macam mana ni. yang di rancang banyak musnah. lebur. apa yang aku ada sekarang? apa pun takde lah. aishhh banyak bosan lah. pakwe pun takde. itu aku tak kesah lah. sebab aku berserah pada takdir. yang aku kesah sekarang ni pelajaran aku. sekerat jalan. macam mana nak tampung hidup nanti. macam mana nak tampung hidup keluarga nanti. dah lah sekarang banyak benda yang aku rancang belum tercapai. banyak pening ini benda kalau selalu fikir. tapi memang kena fikir apee kan. untuk masa depan nanti. hmmmm. aku berharap lepas ni apa yang aku rancang terlaksana dengan jayanya. aku pun nak jadi macam kawan kawan aku. ada semua yang dia orang nak. contoh jodoh. pelajaran. dapat bantu keluarga. dan lain lain. aku harap sangat aku dapat apa yang aku inginkan. InsyaAllah.. Aminnn  :)

okbye!

Thursday, 28 November 2013

Rezeki

Assalamualaikum w.b.t

hari ni aku sangat untung. adik dan sepupu aku belanja makan ikan bakar. kenyang gila kot hari ni. dapat makan free. ikan bakar je pun. tapi kalau orang yang belanja aku rasa berbaloi sangat sangat. hahaha. lagi lagi gaji pertama dia orang kan. kau tak rasa bahagia ke kalau orang belanja kau makan? hehehe. Alhamdulillah janji dia orang nak belanja aku di tepati. lepas ni dia orang cakap nak belanja makan mcd pulak. tu pun kena tunggu gaji kedua lah katanya. excited ni nak tunggu gaji kedua dia orang. orang belanja makan sape tak nak kan? kalau kau orang belanja memang sah sah lah kau tak tolak ye tidak? huhuhu. terima kasih korang sebab belanja aku makan. walaupun tadi kita berenam bersempit dalam kete kecik tu. tapi bersyukur jugak kan. kecik kecik kete kelisa tu pun perut korang kenyang ape. kete tu banyak berjasa tahu tak dengan korang. ni korang dah demand nak suruh aku beli alza. nayaaa lah aku nak beli alza pastu nak bawak korang kan. konon selesa lah korang bila aku beli kete besar kan. takde dah korang nak bersempit sempit. takde dah korang nak berebut aircond kete kan? takpe lah nanti ada rezeki aku beli kete besar aku bawak korang okayyy. kita pusing satu melaka. satu melaka je. itu pun paling jauh. kalau nak yang paling dekat aku bawak pusing pusing padang temu je. amacam. ada berani? hahaha. pape pun aku nak ucapkan terima kasih daun keladi, nanti belanja lagi ye sayang sayang semuaa.. :)

okbye!

Tuesday, 26 November 2013

Pengalaman

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. hari ni dah 5 hari aku keje kat popular mahkota parade tu. nak kata seronok boleh lahh. cuma macam bosan sikit lah. hari hari tengok benda sama je kan mana tak bosan. tapi aku seronok keje situ. sebabnya aku tak pernah rasa keseronokan bekerja yang sebenar benarnya. yelahh sebelum ni keje dengan makcik aku sendiri. tak rasa istilah bekerja pun. keje kat tesco awal tahun hari tu pun macam apa ntah. macam tak de pengalaman yang seronok lah. sekarang bila dah keje kat popular ni macam seronok je. macam best je. ada kawan kawan baru. ada yang guide aku kalau aku tak tahu. dia orang pun sporting kot dengan pekerja yang part time or ful time. tak pun dengan orang yang baru mula keje pun dia orang dah buat macam dah lama kenal. aikkk seronok korang tahu. aku keje ni pun nak kumpul duit. nak bayar macam macam. nak rasa macam mana dapat pegang duit sendiri. sebelum ni gaji tak sebanyak yang popular bagi. kira keje kali ni macam masyukk je. hehe. tapi penat lahh sikit nak dapatkan duit tu kan. lagipun duit ni aku nak kumpul bayar duit ptptn. orang lain yelahh senang lenang dapat duit. mak ayah tanggung. aku ni nak menyusahkan dia orang pun aku tak sampai hati. adik adik ramai. banyak nak guna duit so aku sanggup berkorban untuk dia orang. salah satunyaa sebab ni lah. berhenti belajar dulu. bila duit dah masyukk baru aku sambung belajar balik. orang yang tak tahu sebab apa aku berhenti belajar kejap. sah sah lahh pikir buruk apasal aku kan. tapi apa aku kesah. korang nak pikir buruk ke. nak cakap buruk lah malas aku nak pikir. yang pasti aku lagi tahu kenapa aku berhenti belajar sementara ni. aku tahu rezeki aku ada. InsyaAllah DIA maha mengetahui apa perjalanan hidup hambaNYA. biar aku lambat rasa apa yang kawan kawan aku rasa tu. mungkin sape tahu rezeki aku lagi luas dari dia orang kan. mudah mudahan apa yang dirancang berjalan dengan sempurna. InsyaAllah. korang doa doakan lahh untuk aku ye. terima kasihhh. :)

okbye!

Saturday, 23 November 2013

Pasrah

Assalamulaikum w.b.t

kita tak pernah tahu aturan jalan hidup kita kan. bila dah terjadi apa pun tak boleh nak di pertikaikan. hanya mampu terima dengan hati yang redha dan pasrah. kita sebagai manusia tak mampu nak menolak kehendak dari Allah. terima dengan seikhlas ikhlas nya. mungkin ada hikmah di sebaliknya. rasanya aku dah banyak kali pasrah dalam apa jua keadaan. yang terbaru hal yang satu itu. mungkin dari riak muka nampak mereka tak rasa apa apa. tapi dalam hati mereka takde yang tahu. seperti yang dirancang tahun depan sepatutnya aku dapat beri apa yang mereka nanti nantikan selama ini tapi rezeki masih tidak menyebelahi aku. mungkin bukan sekarang. InsyaAllah apa yang dirancang selepas ini berjalan seperti biasa. bak kata pepatah " tuah ayam dikaki, tuah manusia takde sape yang tahu " . Aminnn :)

okbye!

Friday, 22 November 2013

Dia

Assalamualaikum w.b.t

kompang dipalu pengantin baru. duduk berdua tersipu malu. cewahhhh aku ni. lorat sangat sampai nyanyi lagu masa pengantin bersanding. hehe. bukan apa. hati aku ni. bila online fb stalker dia. online twitter stalker dia. online instagram stalker dia. kat wechat pun rajin tangan aku nak stalker moments dia. dah kenapa dengan aku ni? serius hati ni kan macam nak pecah tahu tak. dup dap dup dap bila tengok gambar dia. time kalau kalau teringat nama dia lagi aku tak tentu arah. tapi kan tunggu dia macam buah kat pokok tak gugur gugur lah. dia tak heran pun dengan cintan cintun ni. dia ni cam jenis yang alim alim. kira perkataan bercinta sebelum nikah ni takde dalam kamus hidup dia lah. dia lebih ke arah bercinta lepas nikah. so sweet kan! hehe. aku suka orang macam ni. boleh bimbing aku ke arah yang positif. mana tahu kan, satu hari nanti. bila dah confirm sampai seru aku nak menikah. tup tup bakal calon suami aku tu dia. mahu nak tercabut jantung aku nanti. tapi kalau betul dia aku setuju sangat sangat. itu pun kalau dah tertulis jodoh aku dengan dia. kalau takde jodoh nak buat macam mana kan? pasrah je lah. tapi aku kalau boleh biar lah bakal suami aku nanti tu aku dah kenal. walaupun cuma kenal sekejap je. lepas nikah boleh kenal lebih mendalam bukan? orang tua dulu dulu pun banyak pengalaman. dia orang kenal hati budi pasangan lepas nikah. aku pun rasa nak macam tu. itu pun kalau aturan jodoh aku macam tu. InsyaAllah berkat doa semua. semoga aku dapat jodoh yang baik baik. yang dapat pimpin aku hingga ke syurga kelak. Amin... :)

okbye!

Wednesday, 20 November 2013

Convo Adik

Assalamulaikum w.b.t

alhamdulillah. tahniah buat adikku atas kejayaan menamatkan zaman tabika tumpang. seperti aku juga. zaman tabika sampai 2 kali. ikut jejak aku lah tuu. hehe. fuhhh letih yang teramat. dari pukul 2 tadi. then sekarang baru sampai rumah. takpe janji aku puas dapat tengok adik aku naik pentas. tapi naik pentas bukan ambil sijil tamat sekolah. cuma naik pentas buat persembahan. tahniah adik sayang. lepas ni ,belajar elok elok ye sayang. jangan main main. jangan nakal nakal. lepas ni pakai baju convo masa tamat zaman tingkatan 5. then diploma. degree. kalau ada rezeki master dan phd pulak. mesti mak dan abah gembira nanti. apa apa pun sekalung tahniah akak ucapkan buat Ahmad Hafiz Baihaqi b. Jamsari ! Tahniahhhh.. :)

okbye!

Pendosa

Assalamualaikum w.b.t

kita ni manusia yang tak kan lekang mulut tu dari bercerita itu dan ini. nama pun manusia kan mana ada sempurna. ada juga salah dan silap. mungkin zaman dulu kala banyak buat dosa. sekarang dah taubat nasuha. siapa tahu? yang kita tahu hanya menghukum seseorang itu dengan dosa dosa dia yang lalu. kolot betul pemikiran kita sebagai seorang hamba Allah. MasyaAllah! itu lah dunia kita bukan. bercerita itu dan ini tanpa mengira betapa banyak dah dosa yang kita pikul. tak perlu lihat seseorang itu macam dia je seorang pendosa. padahal kita semua sama. pendosa tanpa noktah. kita semua hamba Allah s.w.t.



ingatlah wahai sahabat sahabatku sekalian. aku bukan berlagak suci. berlagak baik. konon nak jadi pendakwah untuk korang. tapi aku hanya sekadar berkongsi apa yang ingin dikongsi. aku juga bukan sempurna. dosa yang lalu bukan ukuran untuk kita bermasam muka bukan. hati aku juga rapuh. iman aku masih tak kuat. usaha aku juga masih kurang. semoga Allah s.w.t tetapkan diri ini supaya sentiasa Istiqamah dijalannya. sama sama lah kita mencari keredhaan dari nya. InsyaAllah pasti kita temui suatu hari nanti.. :)

okbye!

Friday, 25 October 2013

APA ITU KAWAN..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah untuk sekian kalinya dapat jugak aku update entry untuk blog yang tak berapa nak indah ni. okay nak cerita ape ye kat korang? kering jugak kepala otak aku ni dalam mencari idea idea yang bernas untuk di update. hmmm toinnkkk toinnnkkk! aku rasa aku dah dapat idea kot. nak story pasal " apa itu kawan ". macam best je entry yang aku nak bebel ni kan. mari lah scroll entry ni dari kata kata pendahuluan sehinggalah ke penutup nya. aku yakin korang tak menyesal kot! hehe. 

nak cerita pasal kawan agak agak korang aku tahu ke maksud kawan? banyak istilah sebenarnya apa maksud kawan. aku pun kurang keyakinan dalam istilah kawan ni. kalau korang nak tahu apa maksud kawan, meh sini aku kasi tahu. aku pun serach kat google maksud kawan ni. hihi : Menurut kamus dewan bahasa pustaka menerangkan kawan sinonim dengan perkataan sahabat, rakan, teman, taulan, kenalan dan handai. yang lebih mudah kita faham, kawan ni maksudnya mereka yang kita kenali antara satu sama lain. itu dalam bahasa melayu. hah! amacam korang panjang ke tidak maksudnya.. aishhh lenguh jari jemari aku menaip pasal maksud tu ha. okay continue ke tajuk entry aku tu pasal " apa itu kawan ". 



" Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan ". 

kat dunia ni kan ada macam macam jenis kawan. contohnya kawan biasa, kawan rapat, kawan baik, kawan rapat giler ( ni kira BFF kita lah). itu kawan yang best. kawan yang tak best pun ada, macam "kawan makan kawan dan kawan maya". banyak pulak jenis kawan ni kan.

hmmm... dalam hidup aku ni kan, kawan datang dan pergi. kekadang dia singgah kejap je dalam hidup aku. aku pun tak tahu nak cakap macam mana. yang paling tepat lah kan, dalam berkawan agaknya aku dalam kategori yang gagal kot. susah aku nak jumpa kawan yang betul betul ngam dengan aku. yang boleh tolong aku susah senang. dari dulu sampai sekarang nak kata takde kawan ada tapi istilah " kawan rapat gilerr @ bff " susah betul aku nak jumpa. kenapa ea? aku ni tak layak nak ada kawan ke. tapi setakat ni aku rasa kawan yang paling tepat sekarang yang aku ada mestilah family aku. dia orang yang banyak susah senang dengan aku.

kan seronok kalau macam ni : " Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” [Hadis riwayat al-Baihaqi] ". 

Antara saranan-saranan Rasulullah S.A.W kepada kita untuk memilih rakan yang benar-benar ikhlas dan baik untuk dijadikan teman ialah hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya, menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar dan membantu kawan ketika kesempitan. Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu punyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar kita dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa.


dan yang paling penting !! 


  • Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.
  • Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.
  • Andai kau ingin kawan yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.
  • Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.
  • Andai kau ingin berkawan. terimalah dia seadanya, kerana dia seorang kawan yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi berkawanlah kerana Allah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku rindu kenangan dengan korang..

Time part 1 with FIDA

Time part 2/3 with INTAN *maaf intan ain letak gambar tak pakai tudung*

Time part 1 with FATIN

Time part 1/2 with IRA

Time part 3 with AFIFI. * salah sorang pelajar lelaki yang aku rapat & ada sorang lagi pelajar lelaki yang aku rapat, Paan tapi aku cari gambar dia dah takde. mana entah. haha *


: kenangan demi kenangan tercipta dengan mereka. ada yang manis dan ada jugak yang pahit. dan aku jugak berharap persahabatan kita ini kekal selamanya walaupun jarak yang memisahkan kita :

-------------------------------------------------------------------------------

p/s : Kawan akan memberimu senyuman. tapi sahabat memberimu kebahagiaan. Kawan akan memberimu serangkai mawar. tapi sahabat akan memberimu setangkai melati.kawan akan menikammu dari belakang. tapi sahabat akan menamparmu dari depan. kawan akan menceritakan yang tak benar tentang diri mu. tapi sahabat akan tutup mulut dengan kesalahanmu.. : Carilah kawan yang benar benar ingin menjadi sahabat dunia akhiratmu wahai sahabat sahabat sekalian :









Wednesday, 23 October 2013

I'm BACK !

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. fuhhh fuhhh!! habis berhabuk blog aku dek sawang yang bermaharajalela. suka hati mak ayah kau je menyemak kat blog aku kan. dah dah shhhhuuuhhhh pergi tempat lain. aku nak membebel kat blog aku ni. lama agaknya aku menyepi tu yang si encik sawang ni lepak lepak kat blog aku kan. apa apa pun terima kasih daun keladi lah ye encik sawang yang budiman kerana tolong jaga blog si comel ni dari dicacat cela oleh orang yang tak berperikemanusiaan. aku hargai! hahaha *okay aku dah merepek tak tentu pasal

huh. sekarang dah start cuti semester yang ke 4. Alhamdulillah berjaya jugak aku tempuh pelbagai dugaan serta cabaran sepanjang semester 1 hingga semester 4. syukur sangat sangat. yang tak best nya cuti semester ni lah. yang bosan tahap gaban nak mampus. aduiii aiiii! stress jiwa aku ni lah. cuti semester apa nak buat. keje? okay yang tu aku dah malas sangat sangat nak kerja kat tempat orang sekarang ni. bak kata orang "kenangan lama mematangkan akal fikiran kita". cewahhh aku ni bajet bajet je siap nak memadah helah. hahaha

entah lah aku tak rasa sekarang aku nak kerja. aku nak duduk rumah je. tapi bila duduk rumah bosan pulak. tak de benda aku nak buat kat rumah ni. bangun pagi adik adik dah pergi sekolah. kekadang tolong ayah aku hantar adik adik. tolong mak aku masak. kemas rumah. buat apa yang patut kat rumah ni. tengah hari ambil adik adik aku. makan. tengok tv. online facebook. twitter. blog. wechat. layan youtube. layan novel. malam layan drama tv tu.sekarang tengah popular cerita Love You Mr.Arrogant, Fira Ayuni. makan. novel pas tu tido. itu je aku buat dari ahad ke sabtu sepanjang cuti ni. betul betul membosankan tahap petala yang ke berapa pun aku tak tahu.

stress juga takde benda nak buat. aku pulak bila stress mula lah mencekik tak ingat dunia. ini memang tak boleh terima. berat dah naik mendadak. dulu time sekolah last aku timbang baru 46 kg! itu berat idaman aku. sekarang? musnah berat idaman aku tu. dah macam tong drum aku ni. aishhh bila nak kurus balik ni kalau asyik mengunyah tak henti. jogging? ini yang aku dok plan setiap hari. konon pagi pagi jogging kejap kat stadium tun fatimah sana tu. petang pulak kat bukit serindit. tapi hancusss plan aku tu. takde geng mana nak pergi sorang sorang. aku takut naik semester 5 nanti berat aku dah capai 55kg ke atas. mampus aku! memang sendat mendat lah baju aku nanti.

so korang bagi aku idea. apa aku nak buat sepanjang cuti semester yang panjang gila ni. aku dah tak larat nak tempuh. tolong bagi idea yang bernas sebernas bernasnya okay! hmmm aku rasa dah sampai masanya aku mengundurkan diri yang tak seberapa ini. ketemu di lain entry ye wahai sahabat sahabat semuaaaa..

bye!

Ini family aku. *masa buat korban untuk family. saja share*
dari kiri : Fakhrul, Abah, Baihaqi, Zulaikha, Faiz
belakang : Emak & aku
yang pakai songkok putih tu : Ustaz apa entah. tak ingat nama.
- abaikan muka aku yang macam apa entah tu-

Sunday, 28 July 2013

MUHASABAH DIRI..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. hari ni genap 19 hari umat Islam berpuasa. hitung berapa hari lagi dah nak rayaaaa. huhu. raya yang ke 20 untuk aku. pejam kelip dah 20 tahun kan umur aku. masih pangkal "2" lagi. InsyaAllah tahun depan tambah lagi umur aku.




siapa sangka. tahun ni merupakan tahun pertama aku dan keluarga raya tanpa seorang kakak di sisi. selama 19 tahun aku raya dengan arwah. baju raya sama corak berlainan warna. jenama baju, seluar jangan cakap lah dah tentu sama. senang cerita kita orang dah macam kembar dah. kalau masa arwah ada, aku saiz M arwah saiz S. maklum lah aku ni besar dari dia. hmm. tapiii tahun ni lain. dah tak sama dah macam tahun tahun lepas. :'(

tahun tahun sebelum ni kalau beli baju untuk pagi raya 8 pasang semua sekali. 4 pasang untuk lelaki dan 4 pasang untuk perempuan. tapi tahun ni sebaliknya. hanya 3 pasang je. 

semalam. aku susun pinggan berbuka untuk 7 orang. dah betul dah kan. tup tup aku ambil cawan letak atas meja untuk 8 orang. aisshhh lupa ke aku ni sekarang ada 7 orang je. hmmm. macam pagi tadi pulak, mak aku masuk kan baju yang dia dah lipat dalam almari aku. mungkin susunan baju bersepah sikit kot. mak aku boleh pulak cakap " ni kalau mira balik ni mesti dia marah ".. kalau bilik bersepah pun kekadang mak aku cakap macam tu. kesian kat mak. hmmm.

entah lah. yang pasti aku rindu dia. aku teringat dia. aku nak dia sentiasa dekat dengan aku. tapii itu tak mungkin terjadi. yang pasti hakikat pemergiannya sukar untuk di terima oleh aku mahupun keluarga yang lain. Pedih, sakit hanya Allah s.w.t yang tahuu. Ada masanya, mata tiba tiba bergenang. Ada masanya, air mata tiba tiba mengalir. bukan terlalu meratapi pemergian arwah tetapi itu yang sentiasa wujud di fikiran ini.

Yang ada sekarang hanyalah doa buat arwah. Moga kau tenang di sana wahai kakak ku. * gambar beserta ayat dibawah di copypaste melalui blog http://nurmaizanazmal.blogspot.com/2013/03/srikandi-as-sharifah.html




Manusia datang dan pergi. Kenangan tidak.

Inilah saat terbaik untuk dibuat muhasabah bersama. Ketahuilah, mati itu sangat dekat dengan kita. Tiada siapa tahu melainkan DIA Yang Esa, Pemilik Setiap Nyawa, Allah Yang Satu.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah yang diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Surah Ali Imran ayat 185)

"...Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun." (Surah An-Nahl ayat 61)

"Ingatlah. Allah tidak sesekali melambatkan kematian seseorang ataupun sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya. Allah begitu mendalam pengetahuanNya berkenaaan segala hal yang kamu kerjakan." (Surah Al-Munafiqun ayat 11)

"Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa. Cinta itu mungkin sedang mati itu pasti menjemput kita."


"Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun." (Imam Syafi'e)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s : Ajal dan maut tak terfikir dek akal ini. Bila sampai waktunya pasti aku akan di jemput oleh Nya. Jika aku pergi dulu sebelum yang lain. doakan aku sentiasa tenang bertemu pencipta. ampunkan segala salah dan silap aku semasa aku masih hidup. halal kan segala galanya. dan aku harap ketika itu tiada rasa dendam yang terpahat di hatimu. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Friday, 26 July 2013

MUNGKIN DAH TERTULIS..


Assalamualaikum w.b.t


huh! Alhamdulillah aku di beri peluang lagi nak update entry kat blog kesayangan aku ni. entry kali ni aku nak membebel pasal seseorang. seseorang yang pernah aku sayang dalam jangka masa yang sangat sekejap. entah lah aku tak tahu kenapa dengan aku ni. senang aku sayang dia dan mudah untuk aku lepaskan dia. Ya Allah kenapa dengan aku ni. *okay yang pasti seseorang ni yang aku terima after 3 tahun single

hmmm. act aku masih sayang kat dia. tapi di sebabkan perangai dia yang agak aku kurang suka membuatkan hati aku dengan mudah luntur dari sayang dan cinta dia. sejujurnya aku dah mula tawar hati dengan dia. 

awal perkenalan memang terbaik lah. sampai orang sekeliling kat tempat aku buat partime dah tahu. aku partime kat Tesco Bandar Melaka. bajet macam artis kan kita orang ni sampai ramai sangat tahu. act aku tak suka kalau "couple" atau "rapat" dengan seseorang orang tahu. kalau boleh aku nak hubungan kita orang ni, yang tahu cuma orang yang rapat je. tapi dia lah! kalau boleh semua orang dia nak heboh. katanya biar orang tahu yang aku ni milik dia. eh blaaa lah dengan kata kata kau tu ! *aku memang tak suka orang cakap macam tu, macam lah aku ni hak dia yang halal..

kalau di hitung2 kan dah nak hampir 3 bulan kita orang rapat. baru 3 bulan kan dah macam ni jadi. cuba kalau dah 3 tahun? 30 tahun? apa yang jadi? hmmm entah lah. aku agak stress juga dengan dia ni. bukan apa, dia tahu aku ni masih belajar lagi. masih jadi pelajar unversiti lagi tapi kalau boleh dia nak ikut kata hati dia je. nak aku ada dengan dia sepanjang masa dan saat. inat aku ni ape ke? macam takde otak! 

yang buat aku rasa lagi tawar hati kan. boleh pulak ajak jumpa malam malam buta. dia ingat aku ni perempuan ape ke? dia banyak kali dah ajak aku jumpa waktu malam tapi aku memang tak kan pergi. malas ada. meluat ada. eh senang cite kan macam macam rasa lahhh.

ada satu hari tu, dia ajak aku keluar. masa tu dah pukul 11 malam macam tu. aku cakap lah mana boleh sesuka hati keluar. lagipun dah malam kan memang tak lah nak kuar. aku siap cakap kalau waktu macam ni memang tak lepas lah nak keluar sebab pintu pagar mesti dah tutup. polis bantuan uitm sah sah lah tak bagi keluar. aku ingat dia faham. ni tak, dia paksa paksa juga nak jumpa. sampai dia suruh aku panjat pagar uitm tu. eh ingat aku ni budak sekolah ke nak panjat2 pagar. ingat aku ni tak berakal ke nak buat kerja macam tu. kira masa tu aku menipu dia macam macam disebabkan tak nak keluar dengan dia *nampak sangat akal dia macam budak2 sekolah lah. yang pasti aku tak jumpa dia pun. lama sangat dah. sebab nya aku dah meluat tahap gaban dengan dia tu!

" aku kesian kat mak ayah dia. act family dia orang dah kenal aku. mak dan adik2 dia dah jumpa aku. ayah dia je belum kenal dan jumpa aku. aku je kenal ayah dia. mak dia harap sangat hubungan kita orang berkekalan tapi aku dah takde hati dah dengan dia. "maafkan ain makcik". InsyaAllah anak makcik akan dapat orang yang lebih baik yang boleh hidup dengan dia sampai ke Jannah. Amin. "

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear Capital H, 
mungkin kita telah ditakdirkan untuk bersama sekejap saja,
itu tak bermakna saya akan melupakan kisah cinta kita,
Andai awak bertemu yang lebih baik untuk dijadikan suri dihati awak terima lah seadanya,
Janji janji yang pernah kita lakarkan bersama tidak dapat dijadikan kenyataan,
mungkin itu yang terbaik untuk kita berdua..

Awak,
terima kasih sebab beri kasih sayang dari insan yang digelar lelaki selain ayah saya,
saya akan sentiasa mengingati perjalanan kisah cinta kita ini,
andai suatu hari nanti saya bertemu seseorang yang bakal mengimamkan setiap solat saya,
saya harap awak redha dengan apa yang dah tertulis..

Dear awak, 
Ingat !
Jauh mana awak melangkah ingatlah jasa ayah dan mak awak,
Dan,
Hebat mana awak berjaya suatu hari nanti jangan sesekali melupakan darah daging awak, mereka sentiasa mendoakan apa yang terbaik untuk awak di dunia dan akhirat kelak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

bye, terima kasih semuaaa !

p/s : maaf awak, entry ini bukan di tulis untuk mengaibkan awak tapi ini sekadar luahan hati saya. tapi jika awak membaca entry ini saya harap awak dapat tunaikan janji awak sebelum ni - Bahagiakan MakAyah Awak Sebelum Membahagiakan Insan Lain - :)


untuk kesekian kali nya , lepas korang baca entry aku ni ce tekan link ni pulak - http://nurmaizanazmal.blogspot.com/2013/03/srikandi-as-sharifah.html










RASA HATI..

Assalamualaikum w.b.t

lama dah tak update blog kesayangan aku ni kan. maklum lah aku ni busy memanjang. lagipun aku dah mula semester baru. dah 7 minggu dah aku jadi pelajar semester 4. oops! baru semester 4 ke dik? peduli ape aku, yang belajar nya aku. yang jadi pelajar nya aku. tak payah nak merendah rendah kan aku lahhh. tapi kesahh pulak aku kan. haha

okayyy aku dah mula merepek entah apa apa entah. hehe. berbalik pada entry aku ni. act banyak benda aku nak kongsi. nak luahkan kat blog kesayangan aku ni. *confirm ada yang membebel kan , " nak luahkan masalah, pergi lah luahkan pada Allah s.w.t " .. aku tahu tu semua, tak payah lah nak membebel sorang2. Terima kasih kerana mengingatkan aku. InsyaAllah aku masih ingat DIA untuk aku meminta pertolongan. kat sini aku luahkan sekadar perkongsian. suka suka je. :)




Teruskan pembacaan anda, 

kalau di hitung2 dengan jari kan sepatutnya tinggal 3 hari lagi aku dah kena selesaikan yuran pembelajaran aku kat uitm tu. tapi aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang satu tu. sebabnya cuma aku takde duit. dan aku nak kongsi juga yang pinjaman kewangan aku dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tenaga Nasional ( PTPTN ) tu kena SEKAT ! Aaarrrggghhhhh aku seteres kau tahu. dah lah aku ni takde sumber lain nak tanggung aku belajar. aku still ada mak ayah lagi tapi aku tak sanggup nak minta duit dari dia orang. pendapatan dia orang tu pun bukan banyak mana. nak tanggung itu ini. dengan pembelanjaan adik2 aku sekolah lagi. bukan sorang tapi 4 orang lagi tu. pening pening. 

kalau di ikutkan sebenarnya. yang cari pasal nya aku. aku ni pemalas sangat nak belajar sampai pointer jatuh habis! belajar main main. ponteng kelas. assignment yang berlambak lambak pensyarah bagi kerja aku jarang nak buat. esok nak test, quiz baru tercari cari buku nak study. nampak sangat aku ni macam tak kesah kan. last2 timbul masalah. itulah orang tua2 selalu pesan , beringat ingat dulu, jangan menyesal kemudian hari. memang padan kena batang hidung aku sendiri. entah lah ikutkan hati ni memang menyesal sangat sangat. tapi nak buat macam mana benda dah jadi. aku kena redhaaa je lah kan. hmmm

disebabkan masalah ini aku jadi manusia yang ala ala tak bermaya. hidup dengan ubat je sekarang ni. sakit ke aku ni? tapi hati aku berkata stress je kot. ye memang kot, kot. aku takde sakit berbahaya kan. InsyaAllah ubat ubat yang menjadi makanan harian aku tu masih boleh jaga aku. berhabis duit dengan ubat juga sekarang aku ni kan. seingat aku kan sejak aku jadi pelajar uitm ni selalu sangat aku sakit. dan aku syak berjela jela rekod kesihatan aku kat klinik kesihatan uitm tu. sampai doktor klinik tu pun dah kenal aku sangat sangat. huhu. itu baru klinik uitm, cuba kau p hospital alor gajah ke, hospital melaka ke, klinik2 yang dekat2 dengan rumah aku tu confirm2 lah rekod kesihatan aku berjela jela. haha. aku memang famous pun di kalangan doktor2 ni. * kalau jodoh aku dengan doktor pun best juga ea * ( mula dah gatal aku datang ) hehe.

 mana nak bayar yuran. mana duit nak makan lagi. mana duit nak berbelanja lagi. mana duit nak topup. semua tersekat juga ha. kalau makan maggie hari hari nanti botak kepala aku nanti. dah tak cun kan! haha. tapi dah tak boleh nak ubah kenyataan dah. aku jadi manusia yang poket kosong lah sekarang ni kan. dulu masa ada arwah akak aku, ada juga sumber kalau aku takde duit. tapi sekarang dah takde. sedihhh sangat2 bila hilang arwah. macam rasa nyawa aku pun melayang ikut dia. :'(

okayyy aku tutup cerita sedih ni. aku harap korang dapat doakan aku dapat keputusan yang cemerlang untuk pelajaran aku ea. dan doakan sekali untuk kesihatan aku dan keluarga. InsyaAllah aku akan doakan untuk korang juga. Terima kasih ye.

bye !









Wednesday, 5 June 2013

DUGAAN DATANG , AKU PASRAH..

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah. dapat juga aku mengupdate coretan yang tak seberapa ni kan. eh kejap je kan dah hari khamis. esok jumaat. lusa sabtu. then tulat dah hari ahad. aaarrrgghhhh makna nya tinggal berapa hari je aku nak jadi penghuni menumpang bilik orang. aduhhh kalau boleh aku tak nak menumpang. aku nak bilik sendiri. tapi mungkin dah takdir aku kena menumpang bilik orang sebelum dapat bilik lain. itu pun kalau rayuan aku di terima. aku berharap sangat sangat rayuan di terima. Amin. 




salah aku juga. terlepas pandang bab bab penting macam ni. kolej tak mohon. KI tak di isi. macam macam masalah lah sekarang ni. hmm. dugaan bila nak dapat macam ni lah. nak menyesal pun tak boleh dah. kena terima dengan seadanya kan. 

ni lagi satu masalah. credit hour aku nak register course terhad sangat sangat. sampai banyak subjek yang aku kena drop. apea cerita sekarang ni? apa aku nak buat? Ya Allah , besar sungguh dugaan Mu untuk semester kali ni. ni semua gara gara subjek repeat semester lepas lah. pening kepala aku lah. apa aku nak buat ni?

aku harap sangat semester depan ni aku tak main main dah. aku kena naikkan pointer aku. aku tak nak tambah tambah semester. kalau boleh aku nak habiskan diploma pada masa yang telah di tetapkan. InsyaAllah. 

aku kena belajar betul betul. sekarang tanggungjawab besar atas bahu aku. aku nak kerja yang bagus bagus. aku nak bagi apa yang aku dapat kat mak abah. kat adik adik. aku nak jadi role model untuk adik adik aku. aku nak tunaikan semua impian aku. besar harapan aku. aku harap aku dapat capai dan tunaikan impian impian aku. InsyaAllah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

 “Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada tuan kami, Nabi Muhammad s.a.w. dengan rahmat yang dapat mengeluarkanku dari kegelapan keraguan, yang dapat memuliakanku dengan cahaya kefahaman dan menjelaskanku apa-apa yang samar sehingga aku faham. Sesungguhnya Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib.”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, 4 June 2013

CERITA AKU..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi dapat aku mengupdate coretan yang lain buat tatapan kalian semua. mungkin coretan biasa bagi korang. dan mungkin bagi aku je kot coretan coretan aku di blog aku sendiri ni memang best! nama pun blog sendiri kan. sah sah lah aku memuji blog sendiri. kan kan kan. huhu.




yang pertama sekali, aku nak kongsi pasal aku kerja part time kat tesco melaka tu. tengah cuti sem ni lah aku cari duit lebih sikit. lagipun dah ada orang offer kerja kedai akak ipar dia. lagi senang lah aku kan. tak payah susah susah cari kerja. kerja aku masa cuti semester kali ni senang je. jual pelbagai jenis tudung. kain ela. sabun susu beras. yang paling penting kedai aku kerja tu ada jual gula gula. macam macam jenis gula gula tahu tak. dan yang paling best setiap hari yang paling banyak laku confirm lah gula gula kan. kaya dengan duit syiling. hehe.

yang kedua pula, pasal result final semester lepas. semester 3. nak kata gempak tak de mana pun. biasa biasa je. cuma aku bersyukur dengan result kali ni lah. takut memang takut masa nak tunggu result keluar. berdebar debar. macam lari pecut pulak kan. gila lah kalau tak takut kan. macam macam perasaan aku muncul. tapi berkat doa. usaha yang kurang hebat. dapat juga aku jejak kan kaki ke uiTM tu lagi. rasa nya tak perlu kot aku tayang result aku kat sini. cukup sekadar aku katakan aku di beri peluang kedua untuk menyambung pengajian kat uiTM tu lagi. Alhamdulillah. akan ku manfaat peluang kali ini. InsyaAllah.

ketiga, pasal ape? malu nak coret pasal ni. tapi hati aku nak juga coret pasal ' Dia '. entah lah. senang cerita lah kan yang aku sekarang sedang berkawan dengan seseorang. masih di alam saling kenal mengenali lagi antara kami. aku senang dengan cara dia. mungkin masih awal lagi hubungan kami ni. tapi hati aku dah mula nak terima dia dalam hidup. kawan yang kali ni senang pulak aku bagitahu kat mak. tapi tak ada lah secara direct. aku pusing pusing cerita juga. konon nak sedapkan cerita kan. mak pula macam okay. tak ada pula cakap macam ni " kau ni nak sekolah ke nak kawen ". macam biasa lah ayat tu. dari aku sekolah lagi. cuma kali ni tak pulak. insyaAllah ada jodoh tak ke mana kan. 

keempat, majlis tunang pak busu aku. adik bongsu mak. alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar. kalau ikut belah mak, pakcik makcik aku semua dah kawen. insyaAllah pakbusu aku ni 2 tahun lagi langsung lah majlis dia. after tu, agak agak giliran siapa lah ea? aku atau sepupu sepupu yang lain. bukan nak menidakkan takdir yang telah di tetapkan. tapi entah lah. mungkin sebab aku sendiri dah plan apa yang aku nak sebelum aku terima insan yang di gelar suami dalam hidup aku. kalau boleh umur 26 or 27 tahun baru aku nak tamatkan zaman bujang aku. sekarang umur aku 20 tahun. InsyaAllah habis diploma terus sambung ijazah. after tu baru aku pikir pasal kerja. paling paling kan habis belajar dalam 24 kot. lepas tu kerja dulu. bagi mak abah rasa duit aku dulu. masa tu aku nak apa yang mak abah minta aku mampu bagi. yang penting aku nak hantar mak abah pergi Haji dan Umrah. dan aku berharap masa umur aku 26 tahun tu aku dah ada bisnes sendiri. kira macam bisnes keluarga aku. insyaAllah. after ni semua aku dah dapat genggam baru lah aku pikir pasal kawen. hehe.

kelima, sepanjang cuti sem ni ada lah kawan kawan aku yang dah di gelar tunangan orang. awal seru dia orang sampai kan. aku lama lagi. nak bahagia kan mak abah dulu. #tahniah korang yang dah bertunang tu. nanti kawen jangan lupa jemputttt okay ! haha.

itu je kot yang aku nak coret coret. sekadar perkongsian buat tatapan penulis blogger. harap korang enjoy dengan coretan aku ni. jumpa di lain coretan nanti okay.

bye !




Monday, 3 June 2013

KEMATIAN ITU PASTI..

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah aku di beri peluang lagi untuk mengupdate nukilan di blog sendiri. Jun datang lagi untuk sekian kali. rasanya sepanjang aku jadi gadis uItm dah 2 kali Jun aku jumpa. kira ni kali kedua Jun sepanjang aku menjadi penghuni uItm hujung melaka tuu.. hehe


coretan aku tak sehebat mereka yang lain. cerita aku juga tak segempak mereka lain. tapi aku hanya gadis biasa yang ingin berkongsi suka duka bersama mereka yang sentiasa memberi peluang kepada aku. terima kasih aku ucapkan.rasanya cukup lama aku menyepi dari mengupdate coretan coretan di blog sendiri kan. bukan merajuk sama sekali. cuma aku mencari diri yang hilang seketika. 

untuk pengetahuan kamu semua. masih segar di ingatan aku ini. aku telah kehilangan saudara sedarah aku. aku ringkaskan cerita. ketika coretan ini di tulis genap 107 hari pemergian arwah. masih terlalu awal untuk arwah meninggal kan kami semua. seawal umur 20 tahun 11 bulan 17 hari , arwah meninggalkan kami semua tepat jam 6.10 minit pagi. iaitu selepas waktu subuh. tanpa ahli keluarga di sisi arwah menghembuskan nyawa.
terkilan? siapa saja mungkin terkilan. kenapa aku cakap begitu. kami baru saja cuti seminggu bersama sebelum arwah pulang ke tempat arwah belajar. 

16 Februari 2013 : aku tak sedar pukul berapa mak ayah gerak hantar arwah ke lapangan terbang KLIA. kebiasaannya sebelum arwah bertolak, arwah confirm confirm kejut aku nak bagitahu aku " dik, aku balik dulu taw. nanti jumpa lagi ".. tapi masa tu aku tak sedar langsung sama ada arwah kejut aku atau tidak. yang aku ingat dalam pukul 9.30 macam tu aku tersedar seolah olah terdengar arwah memanggil aku. 4.30 petang, arwah tepon mak bagitahu yang dia dah sampai lapangan terbang sabah. so mak lega lah arwah dah sampai sana. masa tu arwah tunggu kawan dia ambil arwah untuk balik ke uMS. 6.30 petang, mak dan abah berada di pasar malam paya dalam. abah dapat panggilan dari kawan arwah yang mengatakan arwah berada di Hospital queen elizabeth 1 dalam keadaan kritikal. Hanya Tuhan yang tahu akan kesedihan mak dan abah masa tu. setiba mereka di rumah, mak bagitahu aku yang mak dan abah nak pergi sabah tengok mira ( nama arwah ). aku yang tak tahu pape. heran lah jugak kan. masa tu mak pun cerita yang akak kritikal. doktor sana suruh mak abah gerak ke sabah malam ni jugak tapi mungkin takdir telah menentukan, tiket flight habis. mak abah still gerak jugak malam tu tapi ke rumah pak cik di Puchong sebelum gerak ke sabah ke esokkan harinya. flight pagi esok jam 7pagi. 

17 Februari 2013 : jam 3 pagi abah dah kejut pak cik suruh pak cik hantar mak abah ke lapangan terbang KLIA. padahal tiket flight jam 7 pagi hari yang sama. mungkin dah tergerak naluri seorang ayah dan ibu betapa seksa anaknya di sana barangkali. siapa je yang tahu? kita tak tapi Allah s.w.t je yang tahu perjalanan hidup arwah masa tu. belum sempat kaki mak dan abah masuk ke dalam flight pagi tu. abah dah dapat call dari doktor di sana mengatakan bahawa kami sudah kehilangan arwah selama lamanya. Ya Allah. kesian mak abah. mak abah kuatkan hati juga. gerak ke sabah seperti yang telah di jadualkan. mak abah menangis sepanjang perjalanan. aku agak. mak ayah mana tak sedih kan bila hilang seorang anak. mak abah teruskan juga perjalanan ke sana sebab doktor sana nak jumpa mak abah untuk terangkan apa yang terjadi pada arwah. seperti yang di jadualkan. mak abah sana sampai dalam pukul 10.30 pagi. kami sangka kan perjalanan mak abah untuk menuntut jenazah arwah sangat merumitkan. tapi tidak. Alhamdulillah kami sekeluarga di pertemukan saudara saudara yang bertanggungjawab. dari saat arwah kritikal sehinggakan arwah menghembuskan nafas . dan seterusnya arwah dimandikan beserta dikafankan. segala barang barang arwah di sana. semua telah di uruskan oleh pihak uMS. dan mak sendiri dapat mandikan jenazah arwah. Alhamdulillah. mungkin terkejut dengan situasi ni tapi inilah kenyataan. selesai dalam hal menuntut jenazah. memandikan jenazah. mengkafankan jenazah. menyembahyangkan jenazah. jenazah di bawa ke lapangan terbang sabah. untuk kali ni proses bawa pulang jenazah amat lancar. pihak uMS telah uruskan semua sekali. malangnya, hanya jenazah arwah saja dapat dimasukkan ke dalam kargo. untuk seat mak abah takde. masa tu dah pukul 3 kalau tak silap. tunggu punya tunggu Alhamdulillah mak abah dah dapat flight. jam 5 petang macam tu lah. mak cite lapangan terbang sabah penuh dengan pelajar pelajar uMS. tak kira dari bangsa apa. katanya nak beri penghormatan terakhir pada arwah. jam 8.30 malam jenazah beserta mak abah tiba kat lapangan terbang KLIA. kat KLIA, abang Faris & abang Saiful dah tunggu. kenderaan nak bawa jenazah balik melaka pun dah ada. pihak uMS dah call UPM. pihak UPM sediakan 1 van jenazah beserta dengan 1 van yang lain untuk bawa pensyarah arwah ke melaka. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. dapat je keluarkan jenazah dari kargo. tunggu mak abah keluar dari flight pulak. then terus ke Balai Polis KLIA. nak kena report. lama juga kami semua tunggu. aku dok call abang Faris tanya kat mana dan mana. dan abang Faris cakap, nanti bila dah gerak dari Balai Polis dia call aku. tunggu punya tunggu. pukul 10.30 malam abang Faris call. cakap baru gerak. lambat sangat gerak nya dari sana. kami yang kat sini risau bebenar. sebab nya orang yang datang melawat ada yang dah balik. takut juga jenazah sampai takde orang. tapi bersyukur sangat sangat. awal juga jenazah sampai. dalam pukul 12.30 tengah malam jenazah sampai. terus bawa ke rumah nenek. tak bawa balik rumah kami. aku pun tak tahu. yang ni atas permintaa abah. kat rumah nenek ramai sangat sangat. bahu bersentuh bahu. saat keranda di buka. aku dah mula sedih. aku tak dapat terima. sebab saat aku di beritahu tepat jam 7 pagi 17/2/2013 aku tak dapat terima. tapi saat keranda di buka. saat kain kafan dibuka aku sebak. hanya Allah s.w.t saja yang tahu. ye ! aku betul betul kehilangan seorang kakak dalam hidup aku. Ya Allah betapa kuatNya kamu menguji kami sekeluarga. untuk kali terakhir kami memandang arwah. hanya jasad saja. arwah di dalam keranda seperti sedang lena di buai mimpi indah. muka nya sangat bersih. kami di beri peluang untuk mengucup arwah untuk kali terakhir. Alhamdulillah aku dapat melaksanakan nya. 

18 Februari 2013 : tepat jam 1.30 pagi jenazah arwah di bawa ke masjid kampung untuk disembahyangkan untuk kali kedua. dan seterusnya di bawa ke tanah perkuburan kampung padang temu. selesai semuanya.

percaya atau tidak itulah kenyataannya. kehilangan arwah amatlah memberi satu tamparan yang kuat buat kami sekeluarga. seperti yang sentiasa di sebut sebut dan dilihat. jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah s.w.t. tiada yang boleh menghalang. sedar tak sedar hari ni genap 107 hari pemergian arwah. tidak pernah kami sangka kan arwah yang merupakan anak sulung keluarga. cucu sulung dalam keluarga kami. harapan kami sekeluarga telah meninggalkan kami semua buat selama lamanya. siapa sangka. itulah kenyataan. Al-Fatihah NUR AMIRAH SYAKIRAH JAMSARI..






Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?
Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.
Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.




" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34 )