Assalamualaikum w.b.t
subhanallah cantiknyaa
dia. bertubung labuh melepasi dada. berbaju kurung longgar. berstokin di kaki.
berhandsock di tangan. subhanallah indahnya. *hatiku memuji rakan rakan yang
lain* aku bila lagi? *hatiku berbisik*
jawapan ku masih tiada,
tetapi niat yang satu itu sudah ada di hati. cuma masih belum pasti, hari yang
ditunggu untuk menjadi seperti mereka masih kabur kabur. aku tidak pasti
bilakah. hanya DIA yang maha mengetahui segalanya. dan aku pasti bila tiba
masanya pasti akan ku kejar langkah mereka untuk berjalan seiring menuju
keredaan yang satu itu. berubah mengikut langkah mereka menuju keredaan Illahi
bukan hanya semata mata. niat yang ikhlas pasti ada bila tiba masanya. aku
tidak mahu menjadi pemungkir janji, aku hanya mampu berkata insyaallah. bila
tiba masanya aku akan mengikut langkah mereka. doakan aku ye :)
okbye!


No comments:
Post a Comment