Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. setelah
sekian lama aku nak update cerita sensasi kat sini akhirnya tertunai jugak.
syukur alhamdulillah. last update 2 bulan lepas. punya lah lama kan. almaklum
lah aku ni bisnes women so busy dengan kerja part time aku tu lah. so faham
faham je lah ye.
okay first aku nak update yang sekarang aku
dah
berhenti kerja kat kedai buku yang popular tahap gaban tu. kedai buku mana lagi
kan yang dekat bandar sana tu lah. "popular bookstore" kat mahkota
parade tu. macam macam pengalaman yang aku lalui sepanjang aku kerja kat situ.
syukur aku dapat tempuh segala rintangan yang di beri.
second, aku nak update jugak yang starting awal ramadhan nanti aku dapat
continue study bidang yang aku minat nak mampus. bidang apa lagi kan kalau
bukan kulinari. kalau nak tahu aku ni bakal bakal chef yang terkenal suatu hari
nanti. percayalahh okay. insha Allah berkat doa mak ayah aku, doa korang mana
tahu satu keberkatan untuk aku. cewahh aku harap apa yang dirancang menjadi
kenyataan.
third nak kasi tahu korang
yang aku sekarang tengah dok sibuk bikin biskut raya with mak sedara aku. dia
punya bisnes tapi macam biasa lah aku jadi assisstant dia sepanjang sebulan dua
ni. rasa rasa korang masyukk tak poket aku nanti? hehe. masyukk tak masyukk itu
duit mahu di jadikan modal bisnes aku pulak. jangan korang tak tahu yang aku
sekarang masih di awal permulaan bisnes handmade chocolate. mungkin bisnes aku
tak macam orang lain yang jualan mereka laju bagai nak rak, berpuluh puluh
order sampai tak cukup tangan nak buat. bisnes aku biar lah mula dari "
slow and steady ". Insha Allah aku yakin, berkat usaha selama ni pasti ada
hasilnya kan. bukan senang nak tempuh dugaan berbisnes ni.
nak jugak kasi tahu satu
benda yang penting bagi aku lah. insha Allah takde aral melintang, aku akan
buat " cash on delivery " iaitu nama singkatan nya adalah COD. untuk
tempahan tempahan coklat aku tu lah. tapi cod hanya area melaka saja. sebab aku
duduk melaka. luar dari melaka aku kasi pos okay. eh jap, one more thing coklat
aku ni halal. takde nya DNA dari binatang binatang yang tak halal tu. insha
Allah di jamin bersih. awal awal lagi ni coklat je, insha Allah aku akan try
kuarkan produk yang lain pulak ye. doa doakan lah.
so kalau rasa rasa nak rasa coklat handmade aku boleh lah pm/call 0172534035. Insha Allah aku sedia membantu.
:)
okbye!


No comments:
Post a Comment