BUTTON FOLLOW

TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA PADA MASA LALU,TIADA INSAN BERDOSA YANG GELAP MASA DEPANNYA..

Saturday, 16 February 2013

HABIS CUTI DAA..

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi aku di beri peluang sekali lagi untuk mengupdate entry. bukan nak bangga diri dapat update entry. tapi aku bersyukur sangat sangat. cuti dah nak habis. esok dah kena balik uiTM. seriusly takde mood. boleh tak nak cuti lagi? haha.



sepanjang cuti ni tak study pun. sedih kan. before balik rumah hari tu aku dah janji kat diri aku yang aku nak study. tapi takde pun. nampak sangat aku mungkir janji kt diri sendiri. hampeh betul lah. satu buku pun aku tak sentuh masa cuti ni. buku berlambak lambak aku angkut dari uiTm bawak balik rumah. lastly tak pegang langsung pun.

time entry ni di taip, tinggal 1 hari lagi aku dah kene check in kolej. bajet macam check in hotel kan. haha. esok dah mula kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti. lusa dah mula kuliah. nama pun pelajar kan, kena lah berkorban. cuti semester pun tak lama lagi. 

teruskan pembacaan..

lusa dah mula kuliah. so aku dah kena mula belajar lebih sikit. dah tak de main main dah sekarang ni. act sem  kali ni merupakan sem yang sangat sangat penat dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti. 8 subjek untuk satu sem. seriusly penat sangat sangat. tapi aku kena kuat. kena teruskan perjuangan sampai habis diploma. then sambung degree pulak. InsyaAllah. aku redha dengan apa yang terjadi kat diri aku.

okay takde pape dah aku nak bebel kat entry kali ni. cukup sekadar perkongsian yang sedikit. terima kasih kerana luangkan masa sikit untuk baca entry aku. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah satu kebodohan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------





Friday, 15 February 2013

READY OR NOT?


Assalammualaikum w.b.t




pejam pelik pejam pelik final makin hampir. seram sejuk bila ingat tarikh tarikh final. takut pun ada. macam nak final ape pulak kan sampai nak seram sejuk bagai. nak takut bagai. apa lah aku ni. tapi lantak lah korang nak pikir apa. diri aku aku tahu lah macam mana perasaan aku sendiri. 

kalau ditolak tambah 39 hari lagi dah nak final exam. jadual final belum keluar lagi. so tak boleh nak tengok lagi lah kan. dup dap dup dap jantung aku macam tengah berlari masa tengok kalender akademik tadi. act aku nak tengok cuti semester mula bila. alang alang tu tengok lah sekali kan lagi berapa hari nak final. seram seram. meh scroll ke bawah.


Kuliah 1: 3 - 21 Disember 2012 (3 Minggu)
Cuti Pertengahan Semester : 22 Disember 2012 - 30 Disember 2012 (1 Minggu)
Kuliah 2 : 31 Disember 2012 - 8 Februari 2013 (6 minggu)
Cuti Khas Perayaan : 9 - 17 Februari 2013 (9 hari)
Kuliah 3 : 18 Februari - 22 Mac 2013 (5 Minggu)
Minggu Ulangkaji : 23 - 26 Mac 2013 (4 Hari)
FINAL EXAM : 27 Mac - 14 April 2013 (19 hari)

Cuti Semester :15 April - 9 Jun 2013 (8 Minggu)




sejujur jujurnya aku takut. banyak lagi tak di cover. kelas pun aku banyak tuang. aku tuang bersebab. tak semua nya aku tuang kelas sebab malas. kalau korang kat diri aku confirm confirm lah korang tahu sebab nye kenapa. kekadang sakit. aku tuang jugak kelas. tengok keadaan lah kan. 

aku takut ,takut dan takut. entah apa apa lah aku ni kan. teruskan pembacaan,



sekarang pun dah banyak test. quiz. stress lah jugak. ada fail. ada pass. cuak jangan cakap lah kan. macam nak terberak pun ada masa tengok soalan soalan quiz dan test. aku pulak bukan rajin nak menelaah bagai tu. pemalas tahap gaban kau tahu aku ni. assgnment pun berlambak lambak. bertimbun timbun. aku buat ala kadar je. rasa rasa tak tahu nak buat terus aku tak buat. itu aku lah. sem1 punya lah rajin bagai nak rak aku ni. naik sem2 sem3 pemalas gila aku ni. ntah lah. 






bila pikir pikir kan balik. aku nak takut ape. bukan nak pergi mana pun kan. cuma nak jawab soalan. pensyarah dah ajar pun masa dalam tutorial atau kuliah. aku je tak concentrate. mana nak faham. tu yang cuak takut bagai kan. macam tak biasa pulak nak jawab soalan. nak ambil final exam. dulu masa sekolah macam tak pernah lalui. macam macam exam aku ambil. sekarang nak takut buat ape kan.

perasaan orang ni lain lain. ini apa yang terlintas dari diri aku. aku dan aku. pendapat aku. orang lain punya pendapat aku tak tahu. 



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingat Pesan IBUMU, dan belajar bersungguh sungguh. Dengar Kata AYAHMU, dan laksanakan tanggungjawabmu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------













Thursday, 14 February 2013

KENAPA AIN ?

Assalammualaikum w.b.t

nickname? korang pun ada kan. nama penuh dah cun handsome pun ada tapi memandai mandai di create menjadi pendek. katanya senang nak panggil nanti. ye lah andai kata korang ada 3 nama then ayah korang je ada 2 nama kan dah ada 5 perkataan nak di sebut. kalau lelaki mungkin takde pape. perempuan? macam mana tu. time nak nikah nanti semput tok kadi nak sebut kan. haha. aku mula merepek dah.

macam aku lah kan. nama yang sebetul betul nya ada 2 perkataan je. " Nur Farahin " ertinya cahaya kegembiraan. pendek kan. senang orang nak panggil. nama kat Ic, kad matrik, boleh tulis penuh penuh. korang boleh? haha. korang pelik kan macam mana boleh wujud  "AIN" kat depan nama tu? meh aku cerita sikit.

tak pernah terlintas kat otak aku boleh dapat nickname tu. kat rumah pun mak ayah panggil farah. agak agak kalau aku tak menyahut masa dia orang panggil, fullname terus. padan muka aku! haha. atuk nenek panggil farahin. cikgu2 dari sekolah tadika pun panggil farah atau farahin. tup tup naik sekolah menengah ada lah  sorang cikgu lelaki yang tak tahu malu dok ngorat aku panggil ain. dengar macam sweet je kan. dia orang pertama panggil cam tu. yang pelik nya cikgu tu sorang je panggil macam tu. lain lain cikgu still panggil aku farah or farahin.




pertengahan 2009 : aku mula tukar nama facebook. letak " Ain Nur Farahin ". kawan kawan kat blog semua dah mula panggil ain. cewahhh. haha.  april 2011: blog di create dan aku letak nama " Ain Nur Farahin kat pangkal nama blog tu. then may 2012 : twitter pun di create dengan nama yang sama. nampak tak unik nama AIN NUR FARAHIN.

habis tingkatan 5 aku sambung tingkatan 6. tu pun kejap. dapat sambung uiTm course yang aku minat terus berhenti tingkatan 6. sedih masa nak berhenti tu tapi aku redha jugak. kenangan tingkatan 6 pahit manis. sangat best!

teruskan pembacaan...

mula mula masuk uiTm aku takde kawan. rumet pun lain course. orentasi sorang sorang. terpinga pinga macam apa ntah. takde kawan kan. then masa tunggu nak ambil gambar untuk kad matrik uitm tu, kena lah beratur sepanjang panjang alam kat jalan tar luar blok tu. sorang sorang lagi. sangat membosankan masa tu. tengah tengah aku termenung tetiba ada sorang minah ni main duduk je sebelah aku. tak tanya pun sebelah aku tu ada orang punya tempat ke tak. main aci redah je. haha. 

aku tengok je dia. nak tegur malu. aku kan pemalu so aku diam je. seminit dua minit still masing masing diam lagi. aku pun tak kira berapa minit ntah minah tu diam. tetiba dengan selamba badak dia, dia main tabur je cakap dengan aku. dia suruh aku tengok ape ntah masa tu. aku lupa. aku pun mengIa Ia je masa tu. 

mungkin dia malu kot sebab tetiba je tegur aku suruh tengok something. mungkin tengok pelajar lain kot. aku pun lupa. dia tegur aku weh. tegur aku. dia tanya nama , dari mana. kalau course ape sah sah dia dah tahu. sebab yang beratur kat situ semua budak akaun. masa dia tanya nama tu, aku cakap lah nak panggil farah boleh ain pun boleh. minah tu senyum je.  lepas tu aku tanya nama dia. dari mana semua lah. macam macam di bual kan. okay aku dah dapat kawan baru. orang seremban ! masa berbual bual tu dia dah mula panggil aku ain.  rumet rumet aku bersaya berawak masa awal awal jumpa okay. so dia orang pertama panggil aku dengan nama ain.

dari situ wujud nya ain. so lepas ni jangan tanya aku lagi macam mana wujudnya ain tu okay. haha. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : terima kasih scroll & baca entry aku ni. 

------------------------------------------------------------------------------------- 





Wednesday, 13 February 2013

SI BLOGGER..

Assalammualaikum w.b.t

gembira tak terkata. aku terjumpa satu blog yang agak menarik. sangat menarik. idea di blog sang blogger terkenal tu pun macam ayat sastera. ayat jiwang pun macam ada. ada ke? unik. menarik. aku terpegun. banyak info yang menarik dalam blog dia. before ni aku ada kongsi kat korang pasal AIZUL MARCELLO si blogger popular tu. sekarang sorang lagi. * scroll ke bawah meh *

nak cari blog HA ni punya lah susah. aku tak tahu nama dia. kawan aku dok mention HA je. cam ne nak tahu nama dia kan. kata nya blog si HA sempurna sangat sangat. pemilik blog pun boleh tahan. sejuk mata memandang katanya. berdebar debar rasanya bila mencari. cewaaahhh.

mesti korang tertanya tanya kan macam mana aku terjumpa blog dia? aku mimpi link blog dia ! percaya tidak? percaya lah percaya lah. aku mana pernah tipu korang. haha. tak percaya ke? okay okay aku mengaku yang aku tipu korang. yang ni aku betul betul tipu. hehe. act aku search lah mana yang patut sebab ada jugak aku dengar kawan aku sebut asraf lah. asyraf. macam tu lah bunyi nya. so aku google je. 

dah angau sangat ke aku ni kan. sampai link blog orang pun aku boleh mimpi. nampak sangat aku menipu. haha. eh apa aku merepek lagi ni. tak habis habis aku merepek kan. kalau macam ni bila cerita nak habis. kan kan kan.

akhirnyaaaa, aku rasa macam nak tepuk tepuk tangan. nak lompat lompat. nak gelak kuat kuat. nak jerit bagitahu semua orang pun ada. macam macam perasaan ada sekarang ni. sebab nya cuma satu ! jumpa blog " HA a.k.a HAMI ASRAFF " . seriusly aku gembira. macam kerang busuk aku tersipu sipu senyum dari tadi.

ni link blog dia : http://hamiasraff.blogspot.com 

dan yang ni gambar dia:





 dan ayat ni aku ambil kat fb dia " Ikhlaslah menjadi diri sendiri hanya bermatlamatkanNYA " .. akan aku ingat untuk kehidupan harian aku. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai Kaum Hawa, tutuplah auratmu. Kasihanilah bapamu. Kasihanilah suamimu. Paling penting, kasihanilah dirimu.Masih belum terlambat untuk buang gambar-gambar di laman sosial. Lagi lama anda simpan, takut lagi berpanjangan dosa anda. Moga Allah redhai kita. ( HAMI ASRAFF 2013)

p/s : maaf ayat di copy paste dari faceboOK HAMI ASRAFF.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dah tak tahu nak cakap apa. terlampau suka sangat. korang enjoy lah entry aku ni. maaf kalau entry ni tak menarik. 






CALON SUAMI..

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi. bertemu kita lagi dalam entry baru. untuk kali ni aku nak kongsi kat korang sesuatu yang aku rasa agak menarik. mungkin korang dah baca dari blog blog lain. tapi takpe. itu versi lain. aku punya entry versi lain pulak. hehe

tajuk entry aku agak poyo jugak kan. calon suami? haha. lawak lawak. konon nak kongsi kat korang tapi aku sendiri belum jumpa calon yang selayak layaknya untuk menjadi IMAM aku nanti. InsyaAllah ada nanti. mungkin belum tiba masa aku untuk ke arah itu lagi kan. aku harus sabar menanti dan menanti. 





ada beberepa petua untuk kita wahai kaum kaum Hawa di luar sana. nak cari calon suami yang betul betul layak bukan senangkan. pakwe pun susah inikan yang halal untuk kita lagi susahkan. huhu. meh scroll ke bawah :

1) pilihan yang baik dan beragama

2) cari yang sabar dan penyayang

3) jangan nilai pada rupa

4) hormat orang tua

5) cari yang boleh mendengar dan mendidik

6) lihat pada keluarga dia

7) pilih yang ikhlas sayangkan kita

okay, petua kat atas ni penting sangat untuk kita kaum Hawa. ini petua yang aku jumpa dan tahu. mungkin ada yang lain. kongsi kongsi lah ye. tak ke mana pun hidup kalau korang kedekut nak kongsi. petua ni penting kita. salah pilih nahas kita. tunggang terbalik rumah tangga nanti kalau salah pilih. 

so! buat pilihan sehabis yang baik okay. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 11 February 2013

MEREPEK..

Assalammualaikum w.b.t.

4 hari dah aku kat rumah ni. bercuti sempena raya cina. tak tahu nak buat ape. on9 memanjang pun bosan. baca novel pun bosan kan. ntah lah, nothing special yang boleh di buat sepanjang cuti ni. nak keluar dan keluar dari kebosanan yang melanda diri tapi dugaan yang satu itu membataskan segalanya. InsyaAllah aku harus kuat.

diam tak diam aku kesepian melanda diri. aku kesunyian lagi. mana mereka? aku sunyi tanpa mereka. aku nak mereka. tapi itu hanya khayalan saja. mereka tiada di sisi. yang ada kenangan yang di dambakan dalam diri aku. mereka ke mana? mereka bersama keluarga. meluangkan masa untuk keluarga. ohhh indahnya suasana itu. 

aku rindu mereka. tapi aku kuatkan diri jugak untuk menampung segala kerinduan itu. hanya sekejap kita berpisah. seminggu akan datang kita kembali menjalani persahabatan. bertuah aku menemui mereka. mereka sentiasa bersama aku. kebahagiaan terpancar di sebalik kegembiraan kami. Alhamdulillah. 

aku merepek , merepek dan merepek lagi. idea banyak. nak di curahkan segalanya tapi masa terhad sekarang ni. mata aku pun dah layu. badan minta di rehatkan. sabar sabar. aku masih belum puas untuk menekan keyboard laptop. 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari ni birthday dia. aku nak wish tapi ntah lah. aku tahan kan rasa hati. jangan wish. jangan wish dan jangan wish birthday dia. itu kata hati aku. kenapa begitu sekali? aku musykil. aku tertanya tanya. kejam nya hati aku. atau aku sendiri yang kejam? lupakan saja. 

hati dah boleh terima tanpa dia di sisi. aku boleh hidup tanpa dia. perasaan itu sudah hilang. hilang ke dasar lautan. tenggelam tanpa kelihatan di tepian pantai. haha. aku merepek lagi. aku bosan. tiada hala tuju sekarang. mana idea? hilang di sebalik kerapuhan diri mungkin. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : luahan hati dari admin sendiri. mungkin aku tengah bersedih sekarang? ohh no! aku gembira dengan hidup aku walaupun kekadang ada dugaan mahupun rintangan yang melanda. tapi aku harus tabahkan diri. DIA ada untuk aku. terima kasih Ya Allah..


Sunday, 10 February 2013

AKU CUBA UNTUK ITU..

Assalammualaikum w.b.t.

tak tahu nak luah macam mana. memang betul terasa kehilangan sangat sangat. tapi entah lah. aku tak nak disebabkan hal ini semua musnah. macam sem lepas. sem lepas yang merumitkan dalam hidup aku. sem lepas yang memusnahkan semua kebahagiaan aku. dan aku berharap ia tak kan berulang sama sekali. 

mesti korang tertanya tanya kenapa dengan sem lepas? kenapa dengan tahun lepas? kan kan kan. ikutkan dari lubuk hati yang paling dalam, aku tak nak dah ingat benda yang dah lepas. aku dah tak nak ingat benda tu lagi kalau boleh. tapi aku kuatkan diri juga. untuk ape? untuk kongsi dengan korang. kan " sharing is caring ". aku cuba untuk itu..

okay, straight to the point.




kalau korang ikut entry entry aku tentu tentu lah korang ada baca entry tentang seseorang kan. act aku tak tahu nak cakap ape dah. kenangan tu sangat sangat memilukan jiwa raga aku. dia yang aku dambakan sebagai seorang sahabat dari kalangan kaum Adam. dia yang aku anggap lebih dari seorang kawan. macam mana boleh terlebih anggap? jangan tanya aku tentang itu. aku dah tak de jawapan yang bernas untuk persoalan yang satu itu. nanti aku nangis takde sape nak pujuk. so baik jangan tanya. haha. 

kejam kah dia? tidak sama sekali. dia tidak pernah mengetahui perasaan aku walaupun ada mulut mulut yang menyampaikan perasaan itu. perit untuk aku menidakkan perasaan itu. aku terseksa di kala aku ingin menewaskan perasaan yang satu itu. boleh atau tidak? entah lah. aku cuba untuk itu. 

bila di ingatkan balik : masa berlalu dengan begitu je. aku makin rapat dan rapat. penghujung sem lepas,time study week aku jatuh sakit. seriusly demam yang menakutkan. muka lebam lebam. rasanya demam panas tapi aku cuma makan panadol. panadol dari hajar. antibody aku tak kuat. time tu aku berkampung di kolej saja. budak level semua balik. rumet aku pun balik. tinggal aku keseorangan di bilik. aku cuba untuk kuatkan diri aku. mana dia? ada je tapi hubungan kami makin renggang. aku dapat rasakan hubungan persahabatn itu makin renggang dan renggang. 

sepanjang minggu study week tu kalau tak silap hanya 2 kali je aku bersua muka dengan dia. aku tak tahu sama ada dia yang mengelakkan diri dari bertemu aku atau aku yang mengelakkan diri dari bertemu dia. rasanya aku yang mengelakkan diri. kenapa? aku tak tahu. takde sebab yang munasabah yang boleh aku bagitahu kenapa aku cuba untuk elakkan diri dari dia. korang tak perlu tahu. biar aku je yang tahu.

sem 2 melabuhkan tirai..

cuti sem : result final sem 2 keluar. aku ingat lagi, jam 4 pagi dia text tanya dah tengok result final. dan kebetulan time tu mata aku masih segar. tak leh tido bila kenangkan result. aku reply text dia dan aku janji dengan dia, dia orang pertama yang akan tahu result aku bila aku dah tengok pagi nanti. yes! itu yang aku tunaikan keesokkan pagi. dia orang pertama tahu walaupun result aku teruk. result aku yang sangat mengecewakan diri aku. tapi aku ingat dia. dia seolah olah kekuatan aku time tu. 

sem 3 bermula. permulaan nya ada kemanisan. ada kebahagiaan. ada kegembiraan. rasanya lepas birthday aku semua nya hilang. persahabatan antara aku dan dia betul betul lenyap. aku kehilangan lagi seorang sahabat dari kalangan lelaki sebagaimana aku kehilangan seorang sahabat lelaki yang betul betul rapat dengan aku sebelum ni. aku kecewa. sedih pun ada. tapi aku kuatkan diri jugak.

aku cuba untuk menjadi kuat sekuat kuatnya. aku cuba untuk melupakan kenangan itu semua. aku cuba untuk melenyapkan perasaan yang satu itu. dan yang pasti aku ingin melenyapkan diri dia di hadapan aku tapi tak boleh. aku tak mampu untuk itu. aku kecewa lagi.  kemana aku pergi jumpa dia. yang pasti dalam kelas ada dia. tapi aku cuba untuk tidak memandang dia. aku cuba dan terus cuba. aku berharap dan aku yakinkan dalam diri aku yang aku boleh untuk tidak memandang dia. 

untuk ape aku mencuba melenyapkan diri dia di hadapan aku? tiada apa apa yang aku dapat. dan aku tanamkan satu semangat. iaitu semangat untuk terus berdikari tanpa dia. aku boleh. aku pasti boleh. aku akan cuba untuk itu. dan aku berjaya ! itu semua keberkatan yang hadir dalam diri aku setelah aku di bebel oleh rumet rumet baru. dan pasti orang yang sentiasa ada ketika aku susah dan senang. terima kasih kepada mereka. 

aku silap menilai perasaan itu. aku lalai tentang perasaan itu. perasaan itu memusnahkan segala galanya. 

dan aku berharap untuk sem ini dan sem akan datang. tiada lagi perasaan yang satu itu. dan aku bersyukur kerana aku masih di beri ruang untuk terus berjaya dan berjaya. aku masih di beri ruang itu. Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah. aku bersyukur atas apa yang di beri. itu kekuatan aku. 

aku di beri sahabat yang betul betul di gelar seorang sahabat. aku ada mereka. dan aku ada Engkau Ya Allah. aku ada abah dan mak. aku ada keluarga. tanpa dia aku masih boleh berjaya. aku bersyukur.

-----------------------------------------------------------------------------------------

p/s : maaf untuk entry ini. maaf jugak kalau ada yang terasa. entry ini dari lubuk hati yang ikhlas ketika jari jemari menaip. InsyaAllah tiada yang di tokok tambah. InsyaAllah tiada pembohongan dalam cerita ini. entry ini di kongsi untuk kalian. bukan untuk menunjuk. bukan jugak untuk menagih kasih tapi hanya untuk di kongsi. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Saturday, 9 February 2013

JANUARY YANG LALU..


Assalammualaikum w.b.t.

bulan January dah tutup tirainya. 10 hari yang lepas. macam macam yang berlaku sepanjang bulan January tu. rasanya korang pun tahu kot admin blog ni dilahirkan pada bulan January. bulan yang pertama dalam setiap tahun. awal gila kot aku lahir. tapi nak buat macam mana kan, dah aku ni lorat lorat nak kuar awal. haha. dalam family aku lah orang pertama yang akan bertambah angka usia setiap awal tahun.

untuk pengetahuan korang aku tak pernah sama sekali celebrate birthday aku. aku ulang sekali lagi, tak pernah okay ! ntah aku pun tak tahu kenapa dan kenapa aku tak celebrate birthday aku. cuma yang aku rasa  celebrate atau tidak sama saja. angka usia aku akan bertambah jugak kan. so takde apa apa pun aku dapat kalau birthday aku di sambut. hehe.

dan untuk sekian kalinya. tahun 2013 tahun yang amat indah bagi aku. birthday aku kali ni ada orang celebrate sama sama. bukan kawan kawan masa sekolah. bukan jugak kaum keluarga aku sendiri tapi kali ni di celebrate bersama insan tersayang. insan yang mengajar aku erti persahabatan. sape lagi kalau bukan rumet rumet baru aku beserta sahabat aku yang sorang tu. 

rasa gembira sangat sangat. tak tahu nak cakap apa. dia orang buat surprise yang tak di duga. pandai atur plan. seperti yang aku bagitahu tahun 2013 merupakan tahun yang indah bagi diri ku. tak pernah pernah celebrate birthday. sekali celebrate sampai seminggu. lama bagi aku sebab tak pernah celebrate birthday kan. haha.

macam macam aku dapat. kad. coklat. patung yang serupa senyuman FF. walaupun dapat hadiah dalam kuantiti yang sedikit tapi aku gembira. aku hargai sangat sangat. yang wish birthday tu semua aku ucapkan terima kasih banyak banyak. yang dapat aku balas untuk korang , doa dari jauh. 

aku dijadikan cekodok basi oleh mereka semua tanpa belas kasihan. aku di baling tepung. di tepek krim kek. di curahkan air sehingga aku betul betul menjadi cekodok basi yang busuk. haha. dengan ini umur aku meningkat satu tahun lagi. tak nak lah mention kat sini. pandai pandai lah korang teka sendiri. pandai pandai lah korang cari sendiri ye. huhu. 



maaf maaf maaf. gambar kek tak sempat aku nak snap guna fon aku. so ada gambar kat atas ni je. :) maaf jugak sebab entry ni lambat di update untuk tatapan korang. dan maaf untuk kali ke 3 sebab ayat terabur. 



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

credit : terima kasih kepada hajar, adel, intan & ema. sayang korang ketat ketat. hehe. 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, 8 February 2013

BUAT MEREKA..

Assalammualaikum w.b.t.

aku tak tahu apa yang ku rasakan dalam hatiku saat pertama..terasa macam kehilangan sahabat sahabat aku sendiri. dan aku tak tahu apa salah aku sampai mereka semua senyap macam tu tanpa apa apa balasan dari mereka di sana. apa salah aku ? aku hanya insan biasa yang kadangkala ada je buat salah dan silap. mungkin aku terkasar bahasa pada mereka barangkali. mungkin jugak aku kecik kan hati mereka sampai mereka betul betul terasa dengan aku. mungkinkah? 

aku serabut memikirkan....

memang diri aku sekarang kat rumah tapi hati aku? tak siapa yang tahu. sejujur jujur nya hati aku terbayang bayangkan mereka di sana. siapa mereka? mereka sahabat aku, mereka ada dikala aku sedih, mereka ada dikala aku susah, mereka ada dikala aku sakit. dalam erti kata lain mereka sentiasa ada bila aku perlukan mereka. aku cuma nak mereka sentiasa ingatkan aku. aku tak nak mereka melupakan aku walaupun sesaat. 




seminit aku teringatkan mereka saat ini, aku hampir mengeluarkan air mata. kenapa begini sekali? sebab aku tak nak kehilangan mereka. aku masih memerlukan mereka dalam kehidupan aku ini. mereka mengajar aku erti seorang sahabat. mereka mengajar aku erti kesabaran. dan mereka sentiasa mengajar aku sesuatu yang baru yang aku perlu mengingati nya. 

aku tak nak kehilangan mereka..

dimana mereka? mereka baik baik saja? tiada khabar dari mereka disana. aku gundah gelana memikirkan nya. sms semalam belum di balas lagi. tidak pernah sama sekali tiada balasan sms dari mereka. itu yang membuat aku merasakan mereka terasa dengan aku. sungguh pilu hati ini. aku masih tercari cari kesalahan aku. apa dia? 

mencari sahabat seperti kamu semua amat sukar. aku sungguh bertuah memiliki dan bertemu dengan kalian. untuk kehilangan kamu semua amat berat bagi diriku. jangan tinggalkan aku walau apa cara pun wahai sahabat. aku sangat sayangkan kamu semua. 

Ya Allah, bantulah hambu ini. kenapa perkara ini berlaku untuk aku? aku tak mampu nak tanggung dugaan sebegini. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sahabat andai kau masih ada dalam penglihatanku dan masih ada dalam hari-hari indah ini, aku akan memelukmu dan berkata “jangan pernah tinggalkan aku” tapi itu hanya impianku yang tak akan pernah terwujud lagi. Mungkin itu semua akan terwujud disaat aku tertidur dan bermimpi tentang dirimu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------