BUTTON FOLLOW

TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA PADA MASA LALU,TIADA INSAN BERDOSA YANG GELAP MASA DEPANNYA..

Thursday, 25 October 2012

KAWEN AWAL..

assalammualaikum w.b.t.

entry kali ni aku nak cite pasal sepupu aku yang dah kawen dalam usia muda. ceewaaahh! excited jugak aku time mak aku bagitahu yang anak kak Ila kau dah kawen. apa lagi aku terkejut beruk weh. ala ala beruk je kot. takde lah sampai jadi beruk kan. huhu. 

aku macam tak percaya pun ada. mana tak nya aku yang umur 19 ni still membujang lagi inikan anak kak ila yang lagi muda dari aku tu dah kawen. rasa nya umur budak tu dalam 16 or 17 tahun kot. maybe lah. aku pun tak ingat sangat umur budak tu. cepat gila jodoh dia sampai. aku? pakwe pun tak de. single beb. haha. nak buat macam mana kan kalau jodoh dah sampai awal. aku tumpang gembira. 

pape pun aku ucapkan tahniah lah ye pada sepupu aku ni. act nama dia aku tak tahu. dulu waktu zaman zaman sekolah mungkin aku tahu nama dia tapi sekarang dah tak ingat. lagipun dia jarang balik melaka dan aku pulak jarang balik johor. so memang susah lah nak ingat nama or pasal dia. haha.

tu je kot. bye assalammualaikum.



_________________________________________________________________________________
p/s : esok ada makan makan with family belah mak. nyum nyum nyum. ada buat korban sekali. pepagi buta lah kan aku dah kena gerak p rumah nenek. nak kena tolong memasak. nak buat macam mana , nak tak nak kena tolong jugak. haha.

_________________________________________________________________________________

RAYA LAGI...



assalammualaikum w.b.t.

bertemu kita kembali di siaran blog "ain nur farahin". sama sama kita persiapkan diri di hadapan lappy mahupun pc untuk membaca entry baru pada ketika ini. di harapkan para pembaca semua berpuas hati. tiada apa untuk di pesan, hanya berharap para pembaca membaca entry sehabis yang mungkin. tak mahu sekerat jalan ok. huhu.

hari ni bape hari bulan? 25/10/2012 bersamaan dengan 9 zulhijjah 1433 hijrah kan kan. rasanya para pembaca semua tahu kan esok hari ape? berapa tarikh? kalau nak di hitung hitung guna jari esok dah 26/10/2012 bersamaan 10 zulhijjah 1433 hijrah. so? esok dah raya lah! yeah yeah, esok dah raya. di ulang lagi sekali esok dah raya. esok dah raya. tapi bukan raya aidilfitri lah. raya aidiladha je. huhu.



so, macam mana persiapan korang nak sambut raya aidiladha ni? macam persiapan raya aidilfitri jugak ke? kalau aku lah kan biasa biasa je. baju pakai lah baju mana yang ada. yang penting masak untuk esok iaitu rendang ayam dan kari daging berserta sambal ikan bilis. ketupat? cuma yang segera je. takde orang nak anyam lah,tu sebab yang segera je digunakan. janji masuk perut! haha.

itu kalau aku lah kan. para pembaca sekalian macam mana? mesti ada di antara korang yang sambut raya aidiladha ni meriah sangat sangat kan. untung lah korang. tapi aku tetap bersyukur, sekurang kurang nya dapat jugak sambut raya aidiladha ni. setelah di hitung guna jari aku ni rupa rupanya dah 19 tahun kan aku sambut raya aidiladha ni. haha. alhamdulillah. bersyukur.

ok stop! dari dengar aku dok bebel dalam entry ni panjang panjang kan, meh dengar dan hayati sebaik yang mungkin bait bait kata yang aku nak taip. huhu. 

* salam aidiladha di ucapkan kepada mak ayah, adik beradik, mkcik pkcik, kaum keluarga aku yang besar tu ha, sepupu sepapat, kawan kawan sekolah mahupun di universiti serta kawan kawan di alam maya tak kira lah di facebook twitter blog my space & seumpama, dan sesiapa saja yang mengenali diri ini lah ye. salam aidiladha buat semua ! yang pulang ke kampung tu hati hati ye. jangan pandu laju laju. biar lambat asalkan selamat sampai di destinasi anda semua. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anak nya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya di pandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi "

* hasil nya dari dapur Puan Suriani,

1) persiapan awal.







dalam banyak banyak bahan yang kena sediakan, aku rasa benda ni yang buat aku menyirap. nama dia lengkuas !tak suka dengan benda alah ni.

2) persiapan pertengahan







3) akhirnya.. alhamdulillah. siap jugak !





 atas dapur lagi aku dah snap gambar makanan makanan ni ! nampak tak macam mana excited nya aku ni. huhu. okeeeyyyy, hampir siap entry kali ni. aku dah mula lapar pulak tengok makanan ni. sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku letak gambar gambar ni bukan sebab nak menunjuk. cuma nak berkongsi je. huhu. harap korang terima dengan hati terbuka perkongsian aku ni ok.

itu je kot... bye, assalammualaikum. 

Wednesday, 24 October 2012

MENUNGGU.

assalammualaikum w.b.t.

eh eh jumpa lagi kita di entry yang baru. mesti korang teruja kan nak baca entry ni? haha. sabar sabar. jangan gelojoh. tak kemana pun entry ni kalau korang gelojoh. huhu. ni kisah antara mak aku dengan aku sendiri. sebak sebenarnya nak taip tapi aku nak kongsi jugak dengan korang. tak salah kan? :)

* ini adalah antara perbualan aku dengan mak aku*

mak : farah farah.(family panggil farah) semalam malam kan mak keluar dengan abah kau singgah pasar malam semabok.. nak beli buah jambu. 
aku: hah. kenapa? (*dalam hati "aik mak aku ni pergi pasar malam semata mata nak beli buah jambu je ke?tak kan mak aku mengandung lagi kot. tak mungkin! ".)
mak : kau tahu aku jumpa sape?
aku : sape ? (*sambil toleh pandang mak aku. excited jugak nak tahu mak aku jumpa sape kan. haha)
mak : aku jumpa rullnizam. abah kau lah cakap. tengah tengah pilih buah, abah kau cakap dengan mak yang dia cakap orang jual buah tu macam muka rullnizam. 
aku: haha. rindu sangat ke dengan anak mak yang sorang tu sampai abah pun ternampak nampak muka dia kat penjual buah tu? 
mak : otak kau (haha . selamba je mak aku ni) . tapi betul lah muka dia sama macam rullnizam.
aku : tak kan lah dia jual buah kat pasar malam tu. tak mungkin. merepek je lah. haha

itulah di antara perbualan mak aku dengan aku. haha. lawak pun ada tapi ntah lah. bila dengar mak aku cite aku terus rasa bersalah. nak salah kan nizam (panggilan aku untuk rullnizam) pun tak boleh. mungkin salah aku. tapi ntah lah. aku sakit hati betul dengan dia sebenarnya. 

eh lupa pulak nak bagitahu korang. act kan nizam ni ex pakwe aku. dan sebelum aku clash dengan dia, mak aku dah jadikan dia " anak angkat" keluarga. nampak tak macam mana special nya dia dalam keluarga aku? sampai ayah aku pun dah kenal. haha. 

clash sebab apa? ntah lah weh. kekadang sakit hati dengan dia pun ada. mungkin sebab jeles? perempuan mana tak jeles kalau pakwe dia msj, berhubung dengan kawan baik sendiri? aku tak leh terima benda tu.ada lagi sebab lain tapi malas aku nak pikir lagi. biar kan ia terkubur. huhu.

 benda dah lepas kan buat apa nak di kenang lagi. dia pun dah jumpa pengganti. aku? masih setia menunggu ke? ohh no! lepas terlafaz nye clash dari mulut aku mahupun dia tiada lagi istilah aku menunggu dia. sekarang aku hanya anggap dia adik or abang aku. mana mana pun boleh. huhu

bye. assalammualaikum.



p/s : ok. to RULLNIZAM AL-HAFIZ B. RUSMAN. bila nak datang rumah. rasa nya kali terakhir kau datang rumah time pualangkan lesen aku kan? mak tu dok tanya tanya pasal kau. aku pun tak tahu nak jawab apa. kau hilang macam tu je. tak contact mak aku pun kan. mak dok menunggu dan terus menunggu kau datang jumpa dia. jangan disebabkan hal kita kau terus lenyap. huhu. datang lah rumah weh. jangan buat mak menunggu dan terus menunggu. before STPM datang lah ye. #berharap.



B.O.S.A.N.

assalammualaikum w.b.t.

wahai orang kampung sekalian, mai dok depan pc depan lappy sekarang. ada story baru dari aku ni ha. jom jom jom. *bajet bagus sangat aku ni panggil orang kan. macam famous sangat blog aku ni. setakat baru 8 followers je pun! haha. pape pun aku bersyukur lah. ada jugak orang nak follow aku kan. huhu

tak kan aku nak berangan macam ni. lagi bosan kan. huhu

ok continue untuk story kali ni aku nak cite pasal tahap kebosanan aku sekarang ni. seperti korang tahu kan. *cewaaahhh! sekarang kan tengah cuti semester. tahu kan? huhu. so aku nak bagitahu lah kat hangpa semua yang aku sekarang ni mengalami penyakit kebosanan tahap petala ke berapa aku pun tak tahu. 

rasa nya baru 5 hari aku menjejakkan kaki kat rumah selepas bertungkus lumus dalam final exam! haha. aku ulang lagi sekali, baru 5 hari oke? tapiiiiiiii, rasa dah macam 5 bulan. eh cop 5 bulan tu lama sangat kan. ada ke cuti semester sampai 5 bulan. nampak sangat aku menipu kan? huhu. aku rasa dah macam 5 minggu lah. bukan 5 bulan dan bukan 5 tahun. itu lama sangat.

kerja? memang lah nak kerja tapi mak aku tu susah sangat nak lepas kan aku kerja even kerja part time sekalipun. fuuuhhhh! tension pun ada tahu tak. act macam ni, mak aku bagi kerja tapi dengan syarat. kalau aku nak kerja boleh tapi kerja tu mestilah masuk pagi balik petang macam waktu orang bekerja kat pejabat. haha. mana aku nak cari kerja macam tu sekarang wey. tak de rasanye. sabar je lah. huhu

tak kesah lah apa syarat mak aku tu kan. yang pasti sekarang aku dah dapat kerja tapi kerja dengan pakcik makcik aku je. kerja senang je, meniaga. haha. kerja ni tak lama pun cuma 10 hari je kat mydin, ayer keroh melaka. gaji? boleh lah , cukup cukup sara diri kan. hehe. eh lupa nak bagitahu aku mula kerja 9/11 nanti. * harap maklum.

kalau korang korang ada jumpa aku nanti tegur tegur lah ye. maklum lah kekadang aku ni tak pakai spek mata. tapi kekadang pakai spek mata pun tak nampak. serupa tak pakai spek kan. haha. mana mana je lah. asalkan aku kerja dengan hati yang ikhlas. huhu. 

ape lagi ea aku nak cite? hmmmm....rasa nya tu je kot. ok orang kampung sekalian. itu saja yang aku nak kongsi dengan korang sebab jari jemari aku tak sabar nak menulis entry seterus nya dalam waktu yang sama. haha. next !!!

bye, assalammualaikum. 

p/s : terima kasih di ucap kan pada anda anda semua kerana membaca story aku ni. macam mana? menarik atau tidak? huhu. tak kesah lah mana mana ok. nak minta tolong sikit lah kan. kasi komen sikit boleh? haha. 


TERINGIN NAK BUAT KRAFTANGAN..

assalammualaikum w.b.t.

uit uit korang semua. aku ada cite lagi nak kongsi dengan korang. meh meh dok depan pc depan lappy baca aku punya cite ni. nak kata menarik tak kot. nak kata tak menarik tak jugak. ntah la. apa apa je lah. pandai pandai lah korang kategori kan ok ! haha

korang korang korang, suka tak aktiviti gegurl? faham tak? maksud aku korang suka tak menjahit? hmm, aku ni suka jugak menjahit tapiiii tak de masa lapang pun nak belajar menjahit dengan lebih mendalam. dah 19 tahun aku hidup setakat nak jahit baju baju or seluar seluar yang koyak boleh lah aku jahit kasi tutup itu lubang ma tapi untuk jahit benda yang lebih menarik belum pandai lagi. 

dan aku mahu kasi tahu sama hangpa lah kan yang aku sekarang dok usha usha satu benda yang agak menarik dan aku rasa benda ni agak menarik untuk di kongsi untuk korang semua. nak tanya sikit lah kan , korang tahu kan kraftangan yang di buat menggunakan hasil tangan sendiri? kraftangan ni di buat menggunakan kain felt. 

pernah dengar atau tidak? confirm pernah kan. ye lah kraftangan ni dah ramai yang mencuba untuk buat konon nya nak isi masa lapang die orang tapi hasil nya kraftangan ni lah yang bagi hasil yang agak lumayan. maybe lah. bagi aku lumayan wey. cuma amek masa dalam 20 or 30 minit boley dapat duit. sape tak nak kan? huhu

meh meh aku nak tunjuk kraftangan yang aku dah usha. * scroll ke bawah *







ni sebahagian yang aku tengok lah. banyak lagi. korang search lah kat google sana tu ea. hehe

cantik kan? aku sangat sangat jatuh cinta dengan ini kraftangan. rasa macam nak mencuba tu pun ada. haha. tapi kan aku nak bagitahu korang jugak yang idea mencuba kraftangan datang nya dari kawan rapat aku kat tempat study. ntah macam mana lah kan dengan mentiba nya aku pulak rasa nak mencuba. tu yang aku search pasal benda ni. tu yang aku " teringin nak mencuba " .. kot kot kan boleh membuahkan hasil nanti. insyaAllah... 

ok korang. tu je kot aku nak kongsi untuk cite yang tak berapa nak menarik ni. saja saja untuk tatapan mata korang dan sekadar perkongsian. kalau korang nak mencuba pun boleh. sekadar nak isi masa lapang kan. tak salah pun. hehe. 

bye, assalammualaikum. 

p/s :  ok korang aku nak bagitahu ni. aku rasa macam nak buat entry untuk blog aku ni 1 hari melebihi satu cite. ntah lah, aku rasa macam jari jemari aku ni nak bekerja untuk aku time cuti semester ni lah. so, nanti nanti kan next story ok. haha. lepas baca boleh lah komen then kalau rasa nak follow pun boleh lagi di alu alu kan. aku tak memaksa pun. hehe



Tuesday, 23 October 2012

HARAPAN..

Assalammualaikum w.b.t

selamat sejahtera tuan puan sekalian. yang jauh sangat tu mai dekat kan. yang dekat tu mai rapatkan. ni ha aku nak cite satu story buat hangpa semua. haha. tajuk dia tak de lah special sangat. tapi boleh lah untuk tatapan korang semua. tajuk dia macam kat atas lah. nampak kan kat atas sana. huhu. eh meh lah aku mention lagi sekali tajuk nya " harapan " . ada faham ka ?
semua orang ada impian kan? tak kira kecil mahupun besar. macam aku jugak ada impian. tapi impian yang aku nak cite kat hangpa semua bukan impian nak kawin, bukan impian untuk masa depan aku tapi impian yang sangat aku harap harapkan iaitu blog aku di kenali. bukan nak famous bagai nak rak tapi sekadar dikenali saja. hehe.
aku bukan nak berharap sangat sangat tapi ntah lah. haha. sekarang ni pun aku dah mula bersyukur dengan komen komen korang. ye lah, sape tak terharu kalau orang komen , orang singgah blog aku walaupun tak tekan button follow. aku tak kesah pun. tapi dengan kata kata " nice blog " sudah memadai untuk aku perbesarkan harapan aku ni. pape pun aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada korang korang yang dok baca entry aku ni walaupun tak berapa nak menarik. 
hmm, ape lagi ea? haaa... lagi satu besar harapan aku ni. teringin nak di follow oleh admin blog blog yang popular. haha. budak yang baru sejagung join blog ni nak di follow oleh admin blog popular ? buang tebiat ke aku ni kan ! tapi ape aku kesah sebab ni semua harapan aku. kalau satu hari ni harapan yang aku harap harap kan ni betul betul terjadi kan alhamdulillah lah. aku bersyukur sangat sangat. 
rasa nya cukup lah sampai ni je kot harapan aku. macam tajuk lagu yang tengah popular sekarang ni " sudah cukup cukup sudah ". haha. dah dah ain yang kau merepek lagi ni kenapa? stop stop lah wey. mak kau dah dok memanggil manggil sidai baju kat belakang tu. haha. ok done ini cite !

sekian. assalammualaikum!




p/s : ok u all , macam mana ini cite? ada "ong" tak. haha. ini sekadar perkongsian untuk korang semua. tak de lah menarik sangat. tapi macam aku cakap kan sekadar perkongsian. huhu. apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih sangat sangat sebab baca cite ni. kalau tak keberatan lah kan, kasi follow sikit. kasi komen sikit. harapan jugak tu. haha ! 

DIA YANG BERNAMA " CRUSH ".


helo helo helo. Assalammualaikum.. fuhhh! nervous lah pulak macam nak nikah. haha. ni kalau mak ayah aku baca mampus aku. confirm dia orang cakap aku dah gatal nak kawen ! haha. lupakan je. meh meh pakcik makcik sedara mara adik akak abang tuan puan jom baca ini story. takde lah menarik sangat cuma aku rasa story ni patut nak di kongsi dengan yang lain kot. 


untuk sekian kali nya, hati aku telah di curi oleh seseorang yang di panggil "crush". tapi aku tak pernah bagitahu dia pun. gila ke nak bagitahu dia kan? btw, dia dah tahu pun tapi bukan dari aku tapi dari orang lain. mulut orang kan, dok sampai2 kan. menyampah aku dengan orang yang mulut tempayan ni. haha. 
dan untuk pertama kali nya, hati aku susah nak sayang or nak bagi orang lain. konon nya setia pada dia padahal dia hanyalah crush aku bukan pakwe pun. nak buat macam mana kan, hati manusia ni kalau dah sayang dah suka susah sangat nak lupuskan apatah lagi perempuan macam aku. 
nak di jadikan cite kan,kite org tak penah pun rapat. rasanya hampir 1 bulan sem baru mula baru aku rapat dengan dia tu pun sebab satu group assgnment dengan dia. haha. dari situ lah mula msj whatsapp jumpa call , tu pun sebab nak bincang pasal assgnment. mula2 tu mana ada perasaan kat dia. aku anggap kawan je, tapi ntah macam mana kan perasaan sayang tu wujud tanpa aku minta. puas aku tolak tapi perasaan tu still wujud dalam diri aku. dia sangat sempurna di mata aku.haha.
siang jumpa kat kelas, malam study sama2. kira setiap masa dan saat aku akan bersama dengan dia. mana tak jatuh sayang kan ? mudah sangat hati aku sayang kat dia. persahabatan yang semakin hari semakin rapat tu lah telah mewujudkan perasaan yang di luar jangkaan aku. 
kawan2 rapat aku tahu tapi ntah la. ada yang suruh aku luahkan perasaan kat dia tapi aku tak nak. sebab nya satu je, aku tak nak bila dia tahu perasaan aku kat dia nanti aku takut persahabatan kite orang terjejas. tapi ikutkan cite aku dari awal tu kan aku dah bagitahu yang dia tahu tapi bukan dari aku sendiri. tu pun sebab aku terbaca 1 tweet dia yang macam ni  "I tak kan percaya selagi tak de bukti" . so makna nya dia tahu dari orang lain.
ok continue, sepanjang study sama2 kan memang ramai yang nampak dan ramai yang bertanya lagi2 yang rapat dengan aku. mudah je jawapan aku bila dia orang bertanya " kami hanya berkawan dan study sama2". percaya atau tidak aku tak kesah. haha. 
eh jap aku nak bagitahu yang kite orang ada amek gambar sama2, sweet sangat. kalau nak tahu gambar tu aku jadikan wallpaper telefon aku. haha. kalau rindu senang nak tengok kan. * gatal gila aku ni..
hmmm...ape lagi ea? jeles? ni lagi satu benda gila. bila dia dok bertwett dengan perempuan lain aku jeles pulak. ntah kenapa ntah. dia bukan pakwe aku kan sampai nak jeles bagai. haha
ok lastly, aku harap dia baca story ni tapi ntah lah. kepada kawan2 aku yang baca story ni dan kenal dengan orang yang aku maksudkan ni kan tak payah lah nak sibuk dok khabar kan kat dia. bia dia yang jumpa sendiri. haha

adakah aku dan dia akan begini ?

to crush : aku tahu aku tak sempurna untuk dijadikan gf kau. tapi sudah memadailah kau jadikan aku sahabat yang terbaik dalam kehidupan kau. jika itu yang terbaik antara kita aku sanggup korban kan sayang aku, cinta aku hanya kerana ikatan persahabatan yang terjalin antara kita. dan aku berharap jika kau membaca cite ini, jangan di leraikan ikatan persahabatan itu. teruskan saja.