assalammualaikum w.b.t.
wahai orang kampung sekalian, mai dok depan pc depan lappy sekarang. ada story baru dari aku ni ha. jom jom jom. *bajet bagus sangat aku ni panggil orang kan. macam famous sangat blog aku ni. setakat baru 8 followers je pun! haha. pape pun aku bersyukur lah. ada jugak orang nak follow aku kan. huhu
![]() |
| tak kan aku nak berangan macam ni. lagi bosan kan. huhu |
ok continue untuk story kali ni aku nak cite pasal tahap kebosanan aku sekarang ni. seperti korang tahu kan. *cewaaahhh! sekarang kan tengah cuti semester. tahu kan? huhu. so aku nak bagitahu lah kat hangpa semua yang aku sekarang ni mengalami penyakit kebosanan tahap petala ke berapa aku pun tak tahu.
rasa nya baru 5 hari aku menjejakkan kaki kat rumah selepas bertungkus lumus dalam final exam! haha. aku ulang lagi sekali, baru 5 hari oke? tapiiiiiiii, rasa dah macam 5 bulan. eh cop 5 bulan tu lama sangat kan. ada ke cuti semester sampai 5 bulan. nampak sangat aku menipu kan? huhu. aku rasa dah macam 5 minggu lah. bukan 5 bulan dan bukan 5 tahun. itu lama sangat.
kerja? memang lah nak kerja tapi mak aku tu susah sangat nak lepas kan aku kerja even kerja part time sekalipun. fuuuhhhh! tension pun ada tahu tak. act macam ni, mak aku bagi kerja tapi dengan syarat. kalau aku nak kerja boleh tapi kerja tu mestilah masuk pagi balik petang macam waktu orang bekerja kat pejabat. haha. mana aku nak cari kerja macam tu sekarang wey. tak de rasanye. sabar je lah. huhu
tak kesah lah apa syarat mak aku tu kan. yang pasti sekarang aku dah dapat kerja tapi kerja dengan pakcik makcik aku je. kerja senang je, meniaga. haha. kerja ni tak lama pun cuma 10 hari je kat mydin, ayer keroh melaka. gaji? boleh lah , cukup cukup sara diri kan. hehe. eh lupa nak bagitahu aku mula kerja 9/11 nanti. * harap maklum.
kalau korang korang ada jumpa aku nanti tegur tegur lah ye. maklum lah kekadang aku ni tak pakai spek mata. tapi kekadang pakai spek mata pun tak nampak. serupa tak pakai spek kan. haha. mana mana je lah. asalkan aku kerja dengan hati yang ikhlas. huhu.
ape lagi ea aku nak cite? hmmmm....rasa nya tu je kot. ok orang kampung sekalian. itu saja yang aku nak kongsi dengan korang sebab jari jemari aku tak sabar nak menulis entry seterus nya dalam waktu yang sama. haha. next !!!
bye, assalammualaikum.
p/s : terima kasih di ucap kan pada anda anda semua kerana membaca story aku ni. macam mana? menarik atau tidak? huhu. tak kesah lah mana mana ok. nak minta tolong sikit lah kan. kasi komen sikit boleh? haha.


.jpg)
No comments:
Post a Comment