assalammualaikum w.b.t.
bertemu kita kembali di siaran blog "ain nur farahin". sama sama kita persiapkan diri di hadapan lappy mahupun pc untuk membaca entry baru pada ketika ini. di harapkan para pembaca semua berpuas hati. tiada apa untuk di pesan, hanya berharap para pembaca membaca entry sehabis yang mungkin. tak mahu sekerat jalan ok. huhu.
hari ni bape hari bulan? 25/10/2012 bersamaan dengan 9 zulhijjah 1433 hijrah kan kan. rasanya para pembaca semua tahu kan esok hari ape? berapa tarikh? kalau nak di hitung hitung guna jari esok dah 26/10/2012 bersamaan 10 zulhijjah 1433 hijrah. so? esok dah raya lah! yeah yeah, esok dah raya. di ulang lagi sekali esok dah raya. esok dah raya. tapi bukan raya aidilfitri lah. raya aidiladha je. huhu.
so, macam mana persiapan korang nak sambut raya aidiladha ni? macam persiapan raya aidilfitri jugak ke? kalau aku lah kan biasa biasa je. baju pakai lah baju mana yang ada. yang penting masak untuk esok iaitu rendang ayam dan kari daging berserta sambal ikan bilis. ketupat? cuma yang segera je. takde orang nak anyam lah,tu sebab yang segera je digunakan. janji masuk perut! haha.
itu kalau aku lah kan. para pembaca sekalian macam mana? mesti ada di antara korang yang sambut raya aidiladha ni meriah sangat sangat kan. untung lah korang. tapi aku tetap bersyukur, sekurang kurang nya dapat jugak sambut raya aidiladha ni. setelah di hitung guna jari aku ni rupa rupanya dah 19 tahun kan aku sambut raya aidiladha ni. haha. alhamdulillah. bersyukur.
ok stop! dari dengar aku dok bebel dalam entry ni panjang panjang kan, meh dengar dan hayati sebaik yang mungkin bait bait kata yang aku nak taip. huhu.
* salam aidiladha di ucapkan kepada mak ayah, adik beradik, mkcik pkcik, kaum keluarga aku yang besar tu ha, sepupu sepapat, kawan kawan sekolah mahupun di universiti serta kawan kawan di alam maya tak kira lah di facebook twitter blog my space & seumpama, dan sesiapa saja yang mengenali diri ini lah ye. salam aidiladha buat semua ! yang pulang ke kampung tu hati hati ye. jangan pandu laju laju. biar lambat asalkan selamat sampai di destinasi anda semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anak nya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya di pandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi "
* hasil nya dari dapur Puan Suriani,
1) persiapan awal.
![]() |
| dalam banyak banyak bahan yang kena sediakan, aku rasa benda ni yang buat aku menyirap. nama dia lengkuas !tak suka dengan benda alah ni. 2) persiapan pertengahan |
3) akhirnya.. alhamdulillah. siap jugak !
atas dapur lagi aku dah snap gambar makanan makanan ni ! nampak tak macam mana excited nya aku ni. huhu. okeeeyyyy, hampir siap entry kali ni. aku dah mula lapar pulak tengok makanan ni. sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku letak gambar gambar ni bukan sebab nak menunjuk. cuma nak berkongsi je. huhu. harap korang terima dengan hati terbuka perkongsian aku ni ok.
itu je kot... bye, assalammualaikum.


.jpg)














No comments:
Post a Comment