helo helo helo. Assalammualaikum.. fuhhh! nervous lah pulak macam nak nikah. haha. ni kalau mak ayah aku baca mampus aku. confirm dia orang cakap aku dah gatal nak kawen ! haha. lupakan je. meh meh pakcik makcik sedara mara adik akak abang tuan puan jom baca ini story. takde lah menarik sangat cuma aku rasa story ni patut nak di kongsi dengan yang lain kot.
untuk sekian kali nya, hati aku telah di curi oleh seseorang yang di panggil "crush". tapi aku tak pernah bagitahu dia pun. gila ke nak bagitahu dia kan? btw, dia dah tahu pun tapi bukan dari aku tapi dari orang lain. mulut orang kan, dok sampai2 kan. menyampah aku dengan orang yang mulut tempayan ni. haha.
dan untuk pertama kali nya, hati aku susah nak sayang or nak bagi orang lain. konon nya setia pada dia padahal dia hanyalah crush aku bukan pakwe pun. nak buat macam mana kan, hati manusia ni kalau dah sayang dah suka susah sangat nak lupuskan apatah lagi perempuan macam aku.
nak di jadikan cite kan,kite org tak penah pun rapat. rasanya hampir 1 bulan sem baru mula baru aku rapat dengan dia tu pun sebab satu group assgnment dengan dia. haha. dari situ lah mula msj whatsapp jumpa call , tu pun sebab nak bincang pasal assgnment. mula2 tu mana ada perasaan kat dia. aku anggap kawan je, tapi ntah macam mana kan perasaan sayang tu wujud tanpa aku minta. puas aku tolak tapi perasaan tu still wujud dalam diri aku. dia sangat sempurna di mata aku.haha.
siang jumpa kat kelas, malam study sama2. kira setiap masa dan saat aku akan bersama dengan dia. mana tak jatuh sayang kan ? mudah sangat hati aku sayang kat dia. persahabatan yang semakin hari semakin rapat tu lah telah mewujudkan perasaan yang di luar jangkaan aku.
kawan2 rapat aku tahu tapi ntah la. ada yang suruh aku luahkan perasaan kat dia tapi aku tak nak. sebab nya satu je, aku tak nak bila dia tahu perasaan aku kat dia nanti aku takut persahabatan kite orang terjejas. tapi ikutkan cite aku dari awal tu kan aku dah bagitahu yang dia tahu tapi bukan dari aku sendiri. tu pun sebab aku terbaca 1 tweet dia yang macam ni "I tak kan percaya selagi tak de bukti" . so makna nya dia tahu dari orang lain.
ok continue, sepanjang study sama2 kan memang ramai yang nampak dan ramai yang bertanya lagi2 yang rapat dengan aku. mudah je jawapan aku bila dia orang bertanya " kami hanya berkawan dan study sama2". percaya atau tidak aku tak kesah. haha.
eh jap aku nak bagitahu yang kite orang ada amek gambar sama2, sweet sangat. kalau nak tahu gambar tu aku jadikan wallpaper telefon aku. haha. kalau rindu senang nak tengok kan. * gatal gila aku ni..
hmmm...ape lagi ea? jeles? ni lagi satu benda gila. bila dia dok bertwett dengan perempuan lain aku jeles pulak. ntah kenapa ntah. dia bukan pakwe aku kan sampai nak jeles bagai. haha
ok lastly, aku harap dia baca story ni tapi ntah lah. kepada kawan2 aku yang baca story ni dan kenal dengan orang yang aku maksudkan ni kan tak payah lah nak sibuk dok khabar kan kat dia. bia dia yang jumpa sendiri. haha
![]() |
| adakah aku dan dia akan begini ? |
to crush : aku tahu aku tak sempurna untuk dijadikan gf kau. tapi sudah memadailah kau jadikan aku sahabat yang terbaik dalam kehidupan kau. jika itu yang terbaik antara kita aku sanggup korban kan sayang aku, cinta aku hanya kerana ikatan persahabatan yang terjalin antara kita. dan aku berharap jika kau membaca cite ini, jangan di leraikan ikatan persahabatan itu. teruskan saja.


.jpg)

No comments:
Post a Comment