Assalammualaikum w.b.t .
ok 1st sekali aku nak ucap kan kepada korang korang yang sudi baca entry aku ni. dan aku minta maaf andai aku tak tunai kan janji aku sendiri untuk update entry baru 1 hari lebih dari 1 entry. bukan sebab aku mungkir janji tapi kekangan masa yang buat aku tak dapat nak update entry untuk tatapan korang semua. harap maaf kepada yang menunggu ok!
continue. aku nak cakap pasal " result " aku untuk sem 2. tak gempak mana pun, cukup lah sekadar aku cakap yang aku dapat sambung ke sem 3! Alhamdulillah. dan tahniah untuk diri sendiri. usaha aku tak sehebat sahabat sahabat aku kat uitm sana. usaha aku sangat kurang. so result pun berkaitan dengan usaha.
tak tahu nak level kan tahap macam mana hati aku bila aku cek result tadi. nak menjerit. nak menangis. nak bunuh diri. nak hentak laptop. nak maki hamun orang. ntah lah mana satu pun aku tak tahu. yang pasti aku kecewa jugak dengan result aku sendiri.
bila tengok je result macam tu aku betul betul tersedar. macam mana nak bagi tahu mak dan abah tentang result. die orang tak tahu yang result final keluar 9/11/2012 ni. terketar ketar kau tahu! dan tadi time teman mak aku p beli kuih bakar kat pasar, aku dah bagitahu mak aku. mak aku tanya ' kenapa jadi macam tu sekali? ' aku pun tak tahu nak cakap apa. cuma mampu berkata dah rezeki macam tu.
aku tahu. aku tahu yang aku dah hampakan mak abah dengan result macam tu. walaupun masa entry ni di taip abah still tak tahu. tapi aku yakin hari ni juga mak akan bagitahu abah. dan aku berharap yang abah tak kan tanya apa apa pasal result ni. aku malas nak pikir lagi. yang penting sem depan aku kena usaha lebih lagi. kena naik kan pointer balik. InsyaAllah.!
korang dok baca aku nya entry ni mesti nak tahu kan berapa sebenar nya pointer aku. berapa result aku kan. aku minta maaf banyak banyak yang aku betul betul tak mampu nak mention berapa pointer aku. maafkan aku!
untuk sem depan. aku kena kuatkan diri. tak mahu dah sakit. sampai masuk air. sampai amek darah. bengkak bengkak tangan aku. kalau boleh dah tak nak jejak kaki kat Unit Kesihatan Lendu tu. tak nak dah pergi hospital alor gajah tu. sakit sikit pun aku tetap nak p kelas. tak nak tuang kelas lagi sampai tertinggal pelajaran. then time study week kena backup yang tertinggal tu semua.tak nak dah. sangat memenatkan.
aku tahu mana ada belajar yang tak penat kan. tapi aku ni pemalas. siang p kelas. malam bukan nak study. melepak je kerja. ape nak jadi dengan aku ni kan. bila dah nak final baru aku sibuk study bagai nak rak. macam tak cukup muka surat buku tu aku kerja kan. kalau lah setiap sem aku macam ni boleh lingkup pointer aku !
dan akhir sekali aku berharap dan terus berharap agar aku tidak mengulangi kesilapan macam ni lagi. carrymark aku kena cover jugak. final kena score habis habis. mana tak nya carrymark hari tu jatuh sangat. tu yang pointer final pun turun. so carrymark dan final aku betul betul kena score. kena score !
ntah lah cakap banyak banyak pun bukan boleh ubah result aku kan. so sekarang aku harap aku tak terlalu pikir sangat pasal result sem ni. aku kena pikir sem akan datang pulak. insyaAllah.
![]() |
| aku harap aku mencuba untuk senyum walaupun aku betul betul kecewa |
kepada sahabat sahabat aku ( aku minta maaf tak dapat nak mention nama nam korang ) , teruskan usaha korang walaupun bagi korang result korang teruk tapi sebenar nya result korang lah yang gempak ! mungkin kali ni perkhabaran kecewa sebegini yang aku dapat dan aku tak nak korang juga di timpa sebagaimana aku kecewa. selamat berjaya sahabat!
dan kepada : NIK MOHD FARHAN , terima kasih sebab study sama sama time sem 2. ain tak mampu nak dapat result yang gempak macam paan. insyaAllah, kekecewaan kali ini tidak akan berlaku untuk sem seterus nya. Amin. kata kata semangat yang selama ni paan bagi kat ain akan sentiasa ain ingat. terima kasih banyak banyak sebab ada bila ain memerlukan seorang insan yang bergelar lelaki. :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
* " Jika kita melakukan dengan keikhlasan , nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan " .
* " Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalan tidak di jadikan teladan " .
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



No comments:
Post a Comment