BUTTON FOLLOW

TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA PADA MASA LALU,TIADA INSAN BERDOSA YANG GELAP MASA DEPANNYA..

Saturday, 10 November 2012

TAKDE TAJUK.

Assalammualaikum w.b.t.

hai korang. apa kabar semua? baik baik saja kan. huhu. rasa nya baru semalam aku update entry untuk tatapan korang kan. semalam cite pasal result. hari ni tak kan nak cite pasal result kan. dah tentu tentu lah korang bosan kalau aku dok cite benda sama. haha.

takpe takpe jangan risau dan jangan terus jemu baca story aku ni okay. InsyaAllah selagi otak serta akal masih berfungsi dengan baik aku akan sentiasa update entry entry yang berlainan untuk tatapan korang. huhu

hari ni berapa hari bulan ea? eh dah buang tebiat ke aku tanya korang berapa hari bulan. tak kan lah cuti sem terus otak aku pun cuti dari memikirkan berapa tarikh untuk hari ni kan. huhu. jap jap aku tahu lah hari ni berapa hari bulan. kan hari ni 10 November 2012. tak mungkin aku lupa sebab hari ni akak sepupu aku nikah okay. tapi aku tak gerak gerak lagi dari depan lappy ni. nak membebel dulu dengan korang baru aku ada semangat nak pergi rumah dia. haha

akak sepupu aku yang umur dia mungkin tua 5 tahun dari aku. mungkin lah. aku pun tak ingat umur dia berapa weh. haha. mana tak nya aku jarang nak tanya hal hal peribadi orang ni. asalkan hormat dia sudah. itu yang penting. 

apa dah aku bebel ni kan. huhu.okay continue lah. aku nak bagitahu yang akak sepupu aku ni nikah kat tempat dia lah. bukan kat kampung aku ni. dia nikah dekat puchong. buat buat faham je lah okay tak kan aku nak mention alamat rumah dia sekali. huhu. kita orang yang kat kampung ni semua kena berangkat ke rumah dia sebelum dia nikah. aku dengar cerita dia nikah after zohor nanti. InsyaAllah aku sempat sampai rumah dia before dia nikah nanti.

cerita panjang lebar pun bukan dapat apa kan. tapi takpe. aku seronok nak cerita dengan korang. hehe. apa lagi aku nak cerita ea? hmmmmm... ha! aku nak bagitahu jugak mungkin aku tak dapat update entry baru dua, tiga hari ni. sebab apa confirm confirm lah aku busy nanti. mana tak busy nya. lepas zohor nikah. malam ni pulak ada malam berinai. esok, ahad majlis sanding rumah perempuan. isnin tu dapat lah rehat kejap before majlis rumah lelaki selasa nanti. eh cop! pihak lelaki tak buat majlis kat rumah dia, dia buat kat dewan apa ntah. tak ingat pulak aku nama dewan tu. yang pasti dewan tu area stadium bukit jalil la. kat " KEY EL" sana tuuu. huhu.

apa lagi apa lagi apa lagi ea? haaaa! aku nak bagitahu sekali yang mungkin aku duduk sana seminggu. jumaat nanti baru balik melaka. huhu. saja duduk sana buang kan masa yang tak de pape nak buat ni kan. haha.

okay la korang dah takde pape aku nak cerita. nak cepat ni. karang kena bebel dengan ayah aku. malas aku nak dengar kalau ayah aku dah mula bebel. haha. see u again u alls.

bye!


gambar ni aku letak menggambarkan yang entry kali no tajuk. rasa nya macam tak kena. tapi tak kesah lah kan. ni entry aku. blog aku kan. suka hati aku lah nak letak gambar apa pun! hahahaha.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : tiada apa yang menggembirakan hati ini tetapi di saat korang singgah di blog yang tak berapa nak sempurna sudah menggembirakan hati ini. dan jika berkesempatan boleh lah follow blog aku ni. itu lagi menggembirakan aku. bukan sebab aku batak followers tapi sekurang-kurang nya aku tahu ada yang follow entry aku. aku tak memaksa pun. haha. tak kesah !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


untuk sajian akhir aku letak gambar ni untuk tatapan korang. ni gambar raya tahun ni. bukan untuk hiasan tapi nak tunjukkan yang mana satu akak sepupu aku tuu.. hehe. * tu tu yang baju kaler merah. yang pakai selendang skarf hitam. *

No comments:

Post a Comment