Assalammualaikum w.b.t.
4 hari lepas dah update entry pasal akak sepupu aku kawen. Alhamdulillah. selesai sudah majlis majlis dia. semalam majlis sanding pihak lelaki. fuuuhhh! boleh tahan penat jugak la walaupun tak buat apa apa. setakat iron baju sendiri. siap siap nak pergi dewan. bukan aku bawak kereta pun. tumpang akak sepupu aku tapi bukan akak sepupu yang kawen tu. huhu.
sampai sampai je dewan yang aku tak tahu nama tu. hujan pun turun. mula mula renyai renyai. lama kelamaan lebat pulak. Alhamdulillah rahmat. rombongan belah aku a.k.a belah pengantin perempuan dalam 10 buah kereta. ramai tu nak jadi wakil rombongan. haha. sampai sana kedua dua mempelai tak sampai lagi. katanya on the way. huhu.
tunggu punya tunggu pengantin pun sampai. adalah dalam 20 minit tunggu. maybe kot. baju pengantin kaler apa pun aku tak tahu nak kategori kan. haha. takde paluan kompang. yang ada hanya di iringi dengan muzik saja. huhu. * majlis sanding belah lelaki tak segempak belah pengantin perempuan * hehe. bagi aku lah kan. tapi majlis berjalan dengan lancar.
naik je tingkat atas dewan tu. dah nampak dah macam mana majlis pihak pengantin lelaki. makan pun tak amek sendiri macam kat rumah pihak perempuan. ala ala di layan dengan pelayan pelayan yang ntah datang dari pelusuk mana ntah. hehe.
memang time makan kot masa sampai dewan tu. makan tak ingat orang lain. haha. nyum nyum nyum. lapar gila weh. tapi bukan aku sorang je. yang lain pun lapar jugak. hehe. tapi control ayu jugak aku makan. tak kan nak makan gelojoh nak mampus kan. agak agak lah kan. aku ni perempuan. huhu.
pelik memang pelik. setahu aku lah kan. after berarak, tepung tawar then pengantin makan dulu. lepas tu baru bergambar kan. tapi kes kat dewan hari tu. bergambar bagai nak rak dulu. then makan. after tu continue balik bergambar dan tepung tawar. macam pelik sikit la. gila penat kot pengantin tu. haha. tapi tak pe lah kan. kawen ni seumur hidup sekali. tak kesah lah kenangan pahit mahupun manis akan mereka ingat.betul tak? hehe.
lepas makan bergambar tu semua. tiba dah masa kite orang undur diri dari majlis tu. cehhh! bajet je aku ni kan. haha. ala betul apa, duduk lama lama dalam dewan tu pun bukan ada pape kan. baik balik. masalah nya bila dah kuar dewan tu ingat terus balik rumah. rupa rupanya masing masing panjang kan langkah pergi membeli belah. tu kat jalan tar sana tu. fuhhh, macam nak tercabut kaki aku laa. haha.
aku tak de sangat bergambar dengan pengantin. ada lah sekali dua je time majlis sanding pihak perempuan. nak bergambar banyak banyak macam mana. aku jadi " minah senduk nasi " laa. tu yang takde masa nak bergmbar banyak banyak. hehe.
meh scrool ke bawah. tengok gambar kawen :
![]() |
aku with pengantin. * abang syukry tak sedia lagi* |
![]() |
| aku, awin with pengantin. *sekali lagi abang syukry tak sedia lagi* |
![]() |
mungkin yang ni okay sikit laa. |
![]() |
kad kawen. |
![]() |
time nikah. |
![]() |
malam berinai. |
![]() |
bersanding pihak perempuan. |
![]() |
bersanding pihak lelaki. |
okay korang gambar ni je yang aku jumpa. ni pun gambar kat facebook. haha. bila di hitung hitung pakai jari kan dah hampir 2 minggu kot akak sepupu aku nikah. Alhamdulillah. Tahniah kak tirah. eh cop! aku dah mention nama pengantin untuk korang ke? belum kan. tapi aku dah letak gambar kad kawen so kira dah mention lah kan. hehe.
itu je yang aku nak cerita kat korang. tunggu next entry okay. bye !
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : dok cerita pasal akak sepupu kawen kan tetiba terpikir macam mana lah time aku nanti kan. haha. tengok! aku dah terpikir tapi masalah nya sekarang pakwe pun aku takde. takpe takpe. aku masih menanti jodoh yang telah di tetapkan. dan aku berharap aku dapat jodoh dengan lelaki yang boleh bimbing aku sebaik baik nya. Amin..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------










No comments:
Post a Comment