BUTTON FOLLOW

TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA PADA MASA LALU,TIADA INSAN BERDOSA YANG GELAP MASA DEPANNYA..

Thursday, 29 November 2012

GOOD JOB HARIMAU MALAYA !

Assalammualaikum w.b.t.

okay aku tak tahu nak taip entry pasal ape sekarang ni. jam sekarang menunjukkan 11 malam. habis je tengok bola aku terus on lappy ni. nak buat apa lagi kan. update blog lah. tapi aku tak de idea nak update pasal ape. so, aku save dulu dekat draft. hehe. *mungkin esok baru di publish kan entry ni*

pikir punya pikir lah kan. sambil sambil on9 twitter , facebook , search something kat google dan macam macam lagi lah. tup tup otak aku ni berkembang. tercetus idea nak update pasal bola. haha. ape lah aku ni kan lambat sangat terpikir. padahal baru je lepas tengok bola. yang mana malaysia berjaya tewaskan laos 4-1.

ceh bangga gila lah aku dengan harimau malaya ni. tabik springgggg lagi! start je game aku dah terpacak depan tv. kira tv tu aku yang punya lah. haha. aku sorang je yang tengok time tu. nak sokong harimau malaya kat stadium belum tertunai lagi hasrat tu. so depan tv pun boleh ape. janji malaysia menang! haha.

berdebar debar hati ni time tengok bola. dah lah sorak sorang sorang. takde geng! haha. tengah tengah tengok bola tekak ni haus pulak kan. ye lah menjerit bagai nak rak. hehe. so, aku pun p lah kejap singgah dapur minum air. tengah tengah minum air tetiba adik aku serbu masuk rumah kata malaysia dah gol. dah 1-0 ! aku punya lah excited. terus tinggalkan air tu then p depan tv balik. tengok tengok " SAFIQ RAHIM '" yang gol kan! cewah bangga aku. hehe

then, rasa macam bosan tengok sorang sorang kan. adik aku yang dok habaq malaysia dah gol tu dah p rumah nenek aku. ye lah tengok bola sorang sorang bosan gila kan. aku pun siap siap pakai tudung then gerak p rumah nenek aku. tak jauh mana pun rumah nenek aku , belakang rumah je pun. hehe

sampai sampai rumah nenek aku punya lah ramai. sepupu sepupu aku semua ada. semua excited tengok bola. then si laos ni pulak dapat 1 gol ! huh! stress aku, pape pun kena seeeemppppooooiiii! haha. bersorak, menjerit bagai nak rak. sokong malaysia kan mesti lah kena sokong betul betul. haha. mata masing masing tumpu kat skrin tv. mulut membebel macam macam. adik aku ni pulak boleh mention ayat " busuk busuk harimau malaya, orang kita jugak ". wah wah adik aku ni. dah pandai. hehe

sampai masa pertama habis pun takde dah jaringan gol dari malaysia lagi mahupun laos. so, keputusan masa pertama 1-1. then, masa kedua mula. excited lagi ni. ye lah malaysia banyak peluang kot nak gol. dari safee sali , wan zack haikal, s.kunalan , mahali jasuli . tapi still tak gol pun. bengang jugak lah. sape tak bengang dah depan pintu gol pun still tak gol ! bengang wooo ! haha

akhirnyaaaaaaaa! minit '67.. malaysia dapat 1 lagi gol dari " SAFEE SALI ". di tambahkan gol kedua dari " WAN ZACK HAIKAL " minit ke '76. kemudian di sahkan kemenangan oleh " KHYRIL MUHYMEEN " pada minit ke '80 . sangat menakjubkan. hasil usaha pasukan malaysia dan penyokong tegar malaysia akhirnya malaysia dapat menewaskan laos dengan 4-1. syabas malaysia. good job harimau malaya! 






gambar gambar yang di update hanya lah " hero " malaysia time lawan laos. huhu. letak sekali gambar 1 pasukan. !


pape pun aku ucapkan banyak banyak tahniah dan syabas buat pemain pemain harimau malaya kita ni. dan berharap malaysia akan menang time menentang musuh tradisi kita, indonesia ! InsyaAllah. 

okay ni je. bye bye ! * di publish ke esokkan hari lah ye , mata aku nak lelap dulu, esok baru baca edit balik  *







Wednesday, 21 November 2012

K.A.M.I

Assalammualaikum w.b.t.

entry kali ni mungkin menarik atau tidak bagi korang. tapi tak kesah lah. ini entry hasil idea aku. jari jemari aku yang menaip. so kalau bosan pun aku punya entry kan. bukan korang. haha.







dah tahu dah kan aku nak cite pasal apa? tengok gambar kat atas ni dah tahu kan. tiket wayang? sah sah lah aku nak cite pasal aku pergi tengok wayang kan kan kan. hehe. * ayat skema gileeer lah kan *

ni aku nak cite sikit 2 hari lepas aku kuar tengok wayang dengan adik aku dan sepupu sepapat aku. nak tahu cite apa kita orang tengok ? haha. cite budak budak kot. " Ajiboy ". korang dah tengok tak? cite ni best giler lah. aku rasa macam nak tengok lagi. haha.




kabur kan. amek kat google je!

last last minit plan kelam kabut lah kan. budak budak plan aku ikut je. kita orang tengok wayang kat GSC eon melaka je. wayang start pukul 3.50 petang. kita orang terpacak kat situ pukul 2.30 petang. punya lah lama nak tunggu turn kita orang. hampehhhhh.

aku rasa aku yang paling bosan. sebab aku sorang je perempuan. adik adik & sepupu sepapat aku tu semua lelaki. haha. dan macam biasa lah aku di tugaskan jaga dia orang. kira nya dia orang ni di bawah tanggungjawab aku. hehe.

cite ni memang tak rugi lah aku tengok even harga tiket cuma RM6 je. hari rabu kan macam tak tahu tiket murah. huhu. tapi enjoy apa tengok cite ni dari tengok cite " momok " yang membosankan tuu. dah tu harga tiket time tu dah lah mahal nak mampus. cekik darah. hehe.

cite best tapi bawak budak budak kan aku rasa aku yang stress ! haha. macam macam kerenah. nak kata kecik lagi tapi dah besar gedabak. dah sekolah menengah pun. biasa lah kan budak lelaki faham faham je lah perangai macam mana.

habis je cite tu. aku suruh budak budak ni tunaikan satu kewajipan dulu before nak pergi tempat lain. solat lah kan. ape lagi. hehe. then, after semua dah siap solat. singgah kejap A'Famosa yang kat belakang dataran pahlawan tu. budak budak ni macam tak pernah pergi. jakun gileeer! haha.

gambar kat bawah ni buat kenangan je. nak kongsi dengan korang. 6 budak lelaki yang kekadang menguji kesabaran aku. sabar je lah kan. hehe. gambar aku harus lah ada kan. 







okaaaaaaaaayyyyyyy rasa nya ni je kot. nanti lain time aku share entry lagi untuk korang ye. 
bye!














Wednesday, 14 November 2012

SELESAI SUDAH.

Assalammualaikum w.b.t.

4 hari lepas dah update entry pasal akak sepupu aku kawen. Alhamdulillah. selesai sudah majlis majlis dia. semalam majlis sanding pihak lelaki. fuuuhhh! boleh tahan penat jugak la walaupun tak buat apa apa. setakat iron baju sendiri. siap siap nak pergi dewan. bukan aku bawak kereta pun. tumpang akak sepupu aku tapi bukan akak sepupu yang kawen tu. huhu.

sampai sampai je dewan yang aku tak tahu nama tu. hujan pun turun. mula mula renyai renyai. lama kelamaan lebat pulak. Alhamdulillah rahmat. rombongan belah aku a.k.a belah pengantin perempuan dalam 10 buah kereta. ramai tu nak jadi wakil rombongan. haha. sampai sana kedua dua mempelai tak sampai lagi. katanya on the way. huhu.

tunggu punya tunggu pengantin pun sampai. adalah dalam 20 minit tunggu. maybe kot. baju pengantin kaler apa pun aku tak tahu nak kategori kan. haha. takde paluan kompang. yang ada hanya di iringi dengan muzik saja. huhu. * majlis sanding belah lelaki tak segempak belah pengantin perempuan * hehe. bagi aku lah kan. tapi majlis berjalan dengan lancar.

naik je tingkat atas dewan tu. dah nampak dah macam mana majlis pihak pengantin lelaki. makan pun tak amek sendiri macam kat rumah pihak perempuan. ala ala di layan dengan pelayan pelayan yang ntah datang dari pelusuk mana ntah. hehe.

memang time makan kot masa sampai dewan tu. makan tak ingat orang lain. haha. nyum nyum nyum. lapar gila weh. tapi bukan aku sorang je. yang lain pun lapar jugak. hehe. tapi control ayu jugak aku makan. tak kan nak makan gelojoh nak mampus kan. agak agak lah kan. aku ni perempuan. huhu.

pelik memang pelik. setahu aku lah kan. after berarak, tepung  tawar then pengantin makan dulu. lepas tu baru bergambar kan. tapi kes kat dewan hari tu. bergambar bagai nak rak dulu. then makan. after tu continue balik bergambar dan tepung tawar. macam pelik sikit la. gila penat kot pengantin tu. haha. tapi tak pe lah kan. kawen ni seumur hidup sekali. tak kesah lah kenangan pahit mahupun manis akan mereka ingat.betul tak? hehe.

lepas makan bergambar tu semua. tiba dah masa kite orang undur diri dari majlis tu. cehhh! bajet je aku ni kan. haha. ala betul apa, duduk lama lama dalam dewan tu pun bukan ada pape kan. baik balik. masalah nya bila dah kuar dewan tu ingat terus balik rumah. rupa rupanya masing masing panjang kan langkah pergi membeli belah. tu kat jalan tar sana tu. fuhhh, macam nak tercabut kaki aku laa. haha. 

aku tak de sangat bergambar dengan pengantin. ada lah sekali dua je time majlis sanding pihak perempuan. nak bergambar banyak banyak macam mana. aku jadi " minah senduk nasi " laa. tu yang takde masa nak bergmbar banyak banyak. hehe. 


meh scrool ke bawah. tengok gambar kawen :


aku with pengantin. * abang syukry tak sedia lagi*


aku, awin with pengantin. *sekali lagi abang syukry tak sedia lagi* 


mungkin yang ni okay sikit laa. 



kad kawen.


time nikah.


malam berinai. 



bersanding pihak perempuan.


bersanding pihak lelaki.

okay korang gambar ni je yang aku jumpa. ni pun gambar kat facebook. haha. bila di hitung hitung pakai jari kan dah hampir 2 minggu kot akak sepupu aku nikah. Alhamdulillah. Tahniah kak tirah. eh cop! aku dah mention nama pengantin untuk korang ke? belum kan. tapi aku dah letak gambar kad kawen so kira dah mention lah kan. hehe.

itu je yang aku nak cerita kat korang. tunggu next entry okay. bye !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : dok cerita pasal akak sepupu kawen kan tetiba terpikir macam mana lah time aku         nanti kan. haha. tengok! aku dah terpikir tapi masalah nya sekarang pakwe pun aku takde. takpe takpe. aku masih menanti jodoh yang telah di tetapkan. dan aku berharap aku dapat jodoh dengan lelaki yang boleh bimbing aku sebaik baik nya. Amin..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saturday, 10 November 2012

TAKDE TAJUK.

Assalammualaikum w.b.t.

hai korang. apa kabar semua? baik baik saja kan. huhu. rasa nya baru semalam aku update entry untuk tatapan korang kan. semalam cite pasal result. hari ni tak kan nak cite pasal result kan. dah tentu tentu lah korang bosan kalau aku dok cite benda sama. haha.

takpe takpe jangan risau dan jangan terus jemu baca story aku ni okay. InsyaAllah selagi otak serta akal masih berfungsi dengan baik aku akan sentiasa update entry entry yang berlainan untuk tatapan korang. huhu

hari ni berapa hari bulan ea? eh dah buang tebiat ke aku tanya korang berapa hari bulan. tak kan lah cuti sem terus otak aku pun cuti dari memikirkan berapa tarikh untuk hari ni kan. huhu. jap jap aku tahu lah hari ni berapa hari bulan. kan hari ni 10 November 2012. tak mungkin aku lupa sebab hari ni akak sepupu aku nikah okay. tapi aku tak gerak gerak lagi dari depan lappy ni. nak membebel dulu dengan korang baru aku ada semangat nak pergi rumah dia. haha

akak sepupu aku yang umur dia mungkin tua 5 tahun dari aku. mungkin lah. aku pun tak ingat umur dia berapa weh. haha. mana tak nya aku jarang nak tanya hal hal peribadi orang ni. asalkan hormat dia sudah. itu yang penting. 

apa dah aku bebel ni kan. huhu.okay continue lah. aku nak bagitahu yang akak sepupu aku ni nikah kat tempat dia lah. bukan kat kampung aku ni. dia nikah dekat puchong. buat buat faham je lah okay tak kan aku nak mention alamat rumah dia sekali. huhu. kita orang yang kat kampung ni semua kena berangkat ke rumah dia sebelum dia nikah. aku dengar cerita dia nikah after zohor nanti. InsyaAllah aku sempat sampai rumah dia before dia nikah nanti.

cerita panjang lebar pun bukan dapat apa kan. tapi takpe. aku seronok nak cerita dengan korang. hehe. apa lagi aku nak cerita ea? hmmmmm... ha! aku nak bagitahu jugak mungkin aku tak dapat update entry baru dua, tiga hari ni. sebab apa confirm confirm lah aku busy nanti. mana tak busy nya. lepas zohor nikah. malam ni pulak ada malam berinai. esok, ahad majlis sanding rumah perempuan. isnin tu dapat lah rehat kejap before majlis rumah lelaki selasa nanti. eh cop! pihak lelaki tak buat majlis kat rumah dia, dia buat kat dewan apa ntah. tak ingat pulak aku nama dewan tu. yang pasti dewan tu area stadium bukit jalil la. kat " KEY EL" sana tuuu. huhu.

apa lagi apa lagi apa lagi ea? haaaa! aku nak bagitahu sekali yang mungkin aku duduk sana seminggu. jumaat nanti baru balik melaka. huhu. saja duduk sana buang kan masa yang tak de pape nak buat ni kan. haha.

okay la korang dah takde pape aku nak cerita. nak cepat ni. karang kena bebel dengan ayah aku. malas aku nak dengar kalau ayah aku dah mula bebel. haha. see u again u alls.

bye!


gambar ni aku letak menggambarkan yang entry kali no tajuk. rasa nya macam tak kena. tapi tak kesah lah kan. ni entry aku. blog aku kan. suka hati aku lah nak letak gambar apa pun! hahahaha.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : tiada apa yang menggembirakan hati ini tetapi di saat korang singgah di blog yang tak berapa nak sempurna sudah menggembirakan hati ini. dan jika berkesempatan boleh lah follow blog aku ni. itu lagi menggembirakan aku. bukan sebab aku batak followers tapi sekurang-kurang nya aku tahu ada yang follow entry aku. aku tak memaksa pun. haha. tak kesah !

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


untuk sajian akhir aku letak gambar ni untuk tatapan korang. ni gambar raya tahun ni. bukan untuk hiasan tapi nak tunjukkan yang mana satu akak sepupu aku tuu.. hehe. * tu tu yang baju kaler merah. yang pakai selendang skarf hitam. *

Friday, 9 November 2012

RESULT !!

Assalammualaikum w.b.t .

ok 1st sekali aku nak ucap kan kepada korang korang yang sudi baca entry aku ni. dan aku minta maaf andai aku tak tunai kan janji aku sendiri untuk update entry baru 1 hari lebih dari 1 entry. bukan sebab aku mungkir janji tapi kekangan masa yang buat aku tak dapat nak update entry untuk tatapan korang semua. harap maaf kepada yang menunggu ok!

continue. aku nak cakap pasal " result " aku untuk sem 2. tak gempak mana pun, cukup lah sekadar aku cakap yang aku dapat sambung ke sem 3! Alhamdulillah. dan tahniah untuk diri sendiri. usaha aku tak sehebat sahabat sahabat aku kat uitm sana. usaha aku sangat kurang. so result pun berkaitan dengan usaha.

tak tahu nak level kan tahap macam mana hati aku bila aku cek result tadi. nak menjerit. nak menangis. nak bunuh diri. nak hentak laptop. nak maki hamun orang. ntah lah mana satu pun aku tak tahu. yang pasti aku kecewa jugak dengan result aku sendiri. 

bila tengok je result macam tu aku betul betul tersedar. macam mana nak bagi tahu mak dan abah tentang result. die orang tak tahu yang result final keluar 9/11/2012 ni. terketar ketar kau tahu! dan tadi time teman mak aku p beli kuih bakar kat pasar, aku dah bagitahu mak aku. mak aku tanya ' kenapa jadi macam tu sekali? ' aku pun tak tahu nak cakap apa. cuma mampu berkata dah rezeki macam tu.

aku tahu. aku tahu yang aku dah hampakan mak abah dengan result macam tu. walaupun masa entry ni di taip abah still tak tahu. tapi aku yakin hari ni juga mak akan bagitahu abah. dan aku berharap yang abah tak kan tanya apa apa pasal result ni. aku malas nak pikir lagi. yang penting sem depan aku kena usaha lebih lagi. kena naik kan pointer balik. InsyaAllah.!

korang dok baca aku nya entry ni mesti nak tahu kan berapa sebenar nya pointer aku. berapa result aku kan. aku minta maaf banyak banyak yang aku betul betul tak mampu nak mention berapa pointer aku. maafkan aku!

untuk sem depan. aku kena kuatkan diri. tak mahu dah sakit. sampai masuk air. sampai amek darah. bengkak bengkak tangan aku. kalau boleh dah tak nak jejak kaki kat Unit Kesihatan Lendu tu. tak nak dah pergi hospital alor gajah tu. sakit sikit pun aku tetap nak p kelas. tak nak tuang kelas lagi sampai tertinggal pelajaran. then time study week kena backup yang tertinggal tu semua.tak nak dah. sangat memenatkan.

aku tahu mana ada belajar yang tak penat kan. tapi aku ni pemalas. siang p kelas. malam bukan nak study. melepak je kerja. ape nak jadi dengan aku ni kan. bila dah nak final baru aku sibuk study bagai nak rak. macam tak cukup muka surat buku tu aku kerja kan. kalau lah setiap sem aku macam ni boleh lingkup pointer aku !

dan akhir sekali aku berharap dan terus berharap agar aku tidak mengulangi kesilapan macam ni lagi. carrymark aku kena cover jugak. final kena score habis habis. mana tak nya carrymark hari tu jatuh sangat. tu yang pointer final pun turun. so carrymark dan final aku betul betul kena score. kena score !

ntah lah cakap banyak banyak pun bukan boleh ubah result aku kan. so sekarang aku harap aku tak terlalu pikir sangat pasal result sem ni. aku kena pikir sem akan datang pulak. insyaAllah.


aku harap aku mencuba untuk senyum walaupun aku betul betul kecewa 


kepada sahabat sahabat aku ( aku minta maaf tak dapat nak mention nama nam korang ) , teruskan usaha korang walaupun bagi korang result korang teruk tapi sebenar nya result korang lah yang gempak ! mungkin kali ni perkhabaran kecewa sebegini yang aku dapat dan aku tak nak korang juga di timpa sebagaimana aku kecewa. selamat berjaya sahabat!

dan kepada : NIK MOHD FARHAN , terima kasih sebab study sama sama time sem 2. ain tak mampu nak dapat result yang gempak macam paan. insyaAllah, kekecewaan kali ini tidak akan berlaku untuk sem seterus nya. Amin. kata kata semangat yang selama ni paan bagi kat ain akan sentiasa ain ingat. terima kasih banyak banyak sebab ada bila ain memerlukan seorang insan yang bergelar lelaki. :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

* " Jika kita melakukan dengan keikhlasan , nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan " .

* " Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalan tidak di jadikan teladan " .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, 6 November 2012

BAIT BAIT KATA..

Assalammualaikum w.b.t.

aku tak tahu kenapa hari ni aku terdetik hati nak skodeng blog blog yang agak istimewa bagi aku. blog yang membuat kan hati aku sedih di kala membaca entry dia. hati aku sangat tersentuh apabila membaca entry seorang sahabat ini. 

untuk pengetahuan korang, entry sahabat ini kebanyakkan nya sangat menyentuh hati aku apatah lagi entry yang berkaitan dengan mama dia. sangat sangat aku bangga kerana sahabat ini sentiasa mengingati mama dia walaupun mama dia telah meninggal dunia. jarang sekali aku jumpa seorang sahabat sebegini. sangat menghargai, menyayangi mama nya. 

di kala membaca entry dia, hati aku tertanya tanya adakah aku begitu? sungguh baik hati mu wahai sahabat. walaupun aku tidak mengenali kamu tapi dengan cerita cerita serta gambar gambar kamu sedikit sebanyak aku boleh mengenalimu dari situ.

seriusly, aku tak bosan bila menghadap beberapa jam sekalipun untuk baca entry entry dia. sangat banyak memberi kata kata semangat buat aku. korang jom lah baca entry dia, mungkin masa tu baru korang boleh mempercayai kata kata aku. 

ni link blog dia - http://www.mindafahmi.com/






---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku memerlukan seorang sahabat tidak kira lelaki mahupun perempuan yang boleh membimbing aku di kala aku jatuh. tetapi hingga kini aku belum betul betul ke temui insan insan yang sejujurnya di gelar sahabat oleh aku. aku sentiasa berdoa agar doa doa aku di makbulkan oleh Allah s.w.t . Amin..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sekian.

Thursday, 25 October 2012

KAWEN AWAL..

assalammualaikum w.b.t.

entry kali ni aku nak cite pasal sepupu aku yang dah kawen dalam usia muda. ceewaaahh! excited jugak aku time mak aku bagitahu yang anak kak Ila kau dah kawen. apa lagi aku terkejut beruk weh. ala ala beruk je kot. takde lah sampai jadi beruk kan. huhu. 

aku macam tak percaya pun ada. mana tak nya aku yang umur 19 ni still membujang lagi inikan anak kak ila yang lagi muda dari aku tu dah kawen. rasa nya umur budak tu dalam 16 or 17 tahun kot. maybe lah. aku pun tak ingat sangat umur budak tu. cepat gila jodoh dia sampai. aku? pakwe pun tak de. single beb. haha. nak buat macam mana kan kalau jodoh dah sampai awal. aku tumpang gembira. 

pape pun aku ucapkan tahniah lah ye pada sepupu aku ni. act nama dia aku tak tahu. dulu waktu zaman zaman sekolah mungkin aku tahu nama dia tapi sekarang dah tak ingat. lagipun dia jarang balik melaka dan aku pulak jarang balik johor. so memang susah lah nak ingat nama or pasal dia. haha.

tu je kot. bye assalammualaikum.



_________________________________________________________________________________
p/s : esok ada makan makan with family belah mak. nyum nyum nyum. ada buat korban sekali. pepagi buta lah kan aku dah kena gerak p rumah nenek. nak kena tolong memasak. nak buat macam mana , nak tak nak kena tolong jugak. haha.

_________________________________________________________________________________

RAYA LAGI...



assalammualaikum w.b.t.

bertemu kita kembali di siaran blog "ain nur farahin". sama sama kita persiapkan diri di hadapan lappy mahupun pc untuk membaca entry baru pada ketika ini. di harapkan para pembaca semua berpuas hati. tiada apa untuk di pesan, hanya berharap para pembaca membaca entry sehabis yang mungkin. tak mahu sekerat jalan ok. huhu.

hari ni bape hari bulan? 25/10/2012 bersamaan dengan 9 zulhijjah 1433 hijrah kan kan. rasanya para pembaca semua tahu kan esok hari ape? berapa tarikh? kalau nak di hitung hitung guna jari esok dah 26/10/2012 bersamaan 10 zulhijjah 1433 hijrah. so? esok dah raya lah! yeah yeah, esok dah raya. di ulang lagi sekali esok dah raya. esok dah raya. tapi bukan raya aidilfitri lah. raya aidiladha je. huhu.



so, macam mana persiapan korang nak sambut raya aidiladha ni? macam persiapan raya aidilfitri jugak ke? kalau aku lah kan biasa biasa je. baju pakai lah baju mana yang ada. yang penting masak untuk esok iaitu rendang ayam dan kari daging berserta sambal ikan bilis. ketupat? cuma yang segera je. takde orang nak anyam lah,tu sebab yang segera je digunakan. janji masuk perut! haha.

itu kalau aku lah kan. para pembaca sekalian macam mana? mesti ada di antara korang yang sambut raya aidiladha ni meriah sangat sangat kan. untung lah korang. tapi aku tetap bersyukur, sekurang kurang nya dapat jugak sambut raya aidiladha ni. setelah di hitung guna jari aku ni rupa rupanya dah 19 tahun kan aku sambut raya aidiladha ni. haha. alhamdulillah. bersyukur.

ok stop! dari dengar aku dok bebel dalam entry ni panjang panjang kan, meh dengar dan hayati sebaik yang mungkin bait bait kata yang aku nak taip. huhu. 

* salam aidiladha di ucapkan kepada mak ayah, adik beradik, mkcik pkcik, kaum keluarga aku yang besar tu ha, sepupu sepapat, kawan kawan sekolah mahupun di universiti serta kawan kawan di alam maya tak kira lah di facebook twitter blog my space & seumpama, dan sesiapa saja yang mengenali diri ini lah ye. salam aidiladha buat semua ! yang pulang ke kampung tu hati hati ye. jangan pandu laju laju. biar lambat asalkan selamat sampai di destinasi anda semua. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anak nya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya di pandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi "

* hasil nya dari dapur Puan Suriani,

1) persiapan awal.







dalam banyak banyak bahan yang kena sediakan, aku rasa benda ni yang buat aku menyirap. nama dia lengkuas !tak suka dengan benda alah ni.

2) persiapan pertengahan







3) akhirnya.. alhamdulillah. siap jugak !





 atas dapur lagi aku dah snap gambar makanan makanan ni ! nampak tak macam mana excited nya aku ni. huhu. okeeeyyyy, hampir siap entry kali ni. aku dah mula lapar pulak tengok makanan ni. sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku letak gambar gambar ni bukan sebab nak menunjuk. cuma nak berkongsi je. huhu. harap korang terima dengan hati terbuka perkongsian aku ni ok.

itu je kot... bye, assalammualaikum. 

Wednesday, 24 October 2012

MENUNGGU.

assalammualaikum w.b.t.

eh eh jumpa lagi kita di entry yang baru. mesti korang teruja kan nak baca entry ni? haha. sabar sabar. jangan gelojoh. tak kemana pun entry ni kalau korang gelojoh. huhu. ni kisah antara mak aku dengan aku sendiri. sebak sebenarnya nak taip tapi aku nak kongsi jugak dengan korang. tak salah kan? :)

* ini adalah antara perbualan aku dengan mak aku*

mak : farah farah.(family panggil farah) semalam malam kan mak keluar dengan abah kau singgah pasar malam semabok.. nak beli buah jambu. 
aku: hah. kenapa? (*dalam hati "aik mak aku ni pergi pasar malam semata mata nak beli buah jambu je ke?tak kan mak aku mengandung lagi kot. tak mungkin! ".)
mak : kau tahu aku jumpa sape?
aku : sape ? (*sambil toleh pandang mak aku. excited jugak nak tahu mak aku jumpa sape kan. haha)
mak : aku jumpa rullnizam. abah kau lah cakap. tengah tengah pilih buah, abah kau cakap dengan mak yang dia cakap orang jual buah tu macam muka rullnizam. 
aku: haha. rindu sangat ke dengan anak mak yang sorang tu sampai abah pun ternampak nampak muka dia kat penjual buah tu? 
mak : otak kau (haha . selamba je mak aku ni) . tapi betul lah muka dia sama macam rullnizam.
aku : tak kan lah dia jual buah kat pasar malam tu. tak mungkin. merepek je lah. haha

itulah di antara perbualan mak aku dengan aku. haha. lawak pun ada tapi ntah lah. bila dengar mak aku cite aku terus rasa bersalah. nak salah kan nizam (panggilan aku untuk rullnizam) pun tak boleh. mungkin salah aku. tapi ntah lah. aku sakit hati betul dengan dia sebenarnya. 

eh lupa pulak nak bagitahu korang. act kan nizam ni ex pakwe aku. dan sebelum aku clash dengan dia, mak aku dah jadikan dia " anak angkat" keluarga. nampak tak macam mana special nya dia dalam keluarga aku? sampai ayah aku pun dah kenal. haha. 

clash sebab apa? ntah lah weh. kekadang sakit hati dengan dia pun ada. mungkin sebab jeles? perempuan mana tak jeles kalau pakwe dia msj, berhubung dengan kawan baik sendiri? aku tak leh terima benda tu.ada lagi sebab lain tapi malas aku nak pikir lagi. biar kan ia terkubur. huhu.

 benda dah lepas kan buat apa nak di kenang lagi. dia pun dah jumpa pengganti. aku? masih setia menunggu ke? ohh no! lepas terlafaz nye clash dari mulut aku mahupun dia tiada lagi istilah aku menunggu dia. sekarang aku hanya anggap dia adik or abang aku. mana mana pun boleh. huhu

bye. assalammualaikum.



p/s : ok. to RULLNIZAM AL-HAFIZ B. RUSMAN. bila nak datang rumah. rasa nya kali terakhir kau datang rumah time pualangkan lesen aku kan? mak tu dok tanya tanya pasal kau. aku pun tak tahu nak jawab apa. kau hilang macam tu je. tak contact mak aku pun kan. mak dok menunggu dan terus menunggu kau datang jumpa dia. jangan disebabkan hal kita kau terus lenyap. huhu. datang lah rumah weh. jangan buat mak menunggu dan terus menunggu. before STPM datang lah ye. #berharap.



B.O.S.A.N.

assalammualaikum w.b.t.

wahai orang kampung sekalian, mai dok depan pc depan lappy sekarang. ada story baru dari aku ni ha. jom jom jom. *bajet bagus sangat aku ni panggil orang kan. macam famous sangat blog aku ni. setakat baru 8 followers je pun! haha. pape pun aku bersyukur lah. ada jugak orang nak follow aku kan. huhu

tak kan aku nak berangan macam ni. lagi bosan kan. huhu

ok continue untuk story kali ni aku nak cite pasal tahap kebosanan aku sekarang ni. seperti korang tahu kan. *cewaaahhh! sekarang kan tengah cuti semester. tahu kan? huhu. so aku nak bagitahu lah kat hangpa semua yang aku sekarang ni mengalami penyakit kebosanan tahap petala ke berapa aku pun tak tahu. 

rasa nya baru 5 hari aku menjejakkan kaki kat rumah selepas bertungkus lumus dalam final exam! haha. aku ulang lagi sekali, baru 5 hari oke? tapiiiiiiii, rasa dah macam 5 bulan. eh cop 5 bulan tu lama sangat kan. ada ke cuti semester sampai 5 bulan. nampak sangat aku menipu kan? huhu. aku rasa dah macam 5 minggu lah. bukan 5 bulan dan bukan 5 tahun. itu lama sangat.

kerja? memang lah nak kerja tapi mak aku tu susah sangat nak lepas kan aku kerja even kerja part time sekalipun. fuuuhhhh! tension pun ada tahu tak. act macam ni, mak aku bagi kerja tapi dengan syarat. kalau aku nak kerja boleh tapi kerja tu mestilah masuk pagi balik petang macam waktu orang bekerja kat pejabat. haha. mana aku nak cari kerja macam tu sekarang wey. tak de rasanye. sabar je lah. huhu

tak kesah lah apa syarat mak aku tu kan. yang pasti sekarang aku dah dapat kerja tapi kerja dengan pakcik makcik aku je. kerja senang je, meniaga. haha. kerja ni tak lama pun cuma 10 hari je kat mydin, ayer keroh melaka. gaji? boleh lah , cukup cukup sara diri kan. hehe. eh lupa nak bagitahu aku mula kerja 9/11 nanti. * harap maklum.

kalau korang korang ada jumpa aku nanti tegur tegur lah ye. maklum lah kekadang aku ni tak pakai spek mata. tapi kekadang pakai spek mata pun tak nampak. serupa tak pakai spek kan. haha. mana mana je lah. asalkan aku kerja dengan hati yang ikhlas. huhu. 

ape lagi ea aku nak cite? hmmmm....rasa nya tu je kot. ok orang kampung sekalian. itu saja yang aku nak kongsi dengan korang sebab jari jemari aku tak sabar nak menulis entry seterus nya dalam waktu yang sama. haha. next !!!

bye, assalammualaikum. 

p/s : terima kasih di ucap kan pada anda anda semua kerana membaca story aku ni. macam mana? menarik atau tidak? huhu. tak kesah lah mana mana ok. nak minta tolong sikit lah kan. kasi komen sikit boleh? haha. 


TERINGIN NAK BUAT KRAFTANGAN..

assalammualaikum w.b.t.

uit uit korang semua. aku ada cite lagi nak kongsi dengan korang. meh meh dok depan pc depan lappy baca aku punya cite ni. nak kata menarik tak kot. nak kata tak menarik tak jugak. ntah la. apa apa je lah. pandai pandai lah korang kategori kan ok ! haha

korang korang korang, suka tak aktiviti gegurl? faham tak? maksud aku korang suka tak menjahit? hmm, aku ni suka jugak menjahit tapiiii tak de masa lapang pun nak belajar menjahit dengan lebih mendalam. dah 19 tahun aku hidup setakat nak jahit baju baju or seluar seluar yang koyak boleh lah aku jahit kasi tutup itu lubang ma tapi untuk jahit benda yang lebih menarik belum pandai lagi. 

dan aku mahu kasi tahu sama hangpa lah kan yang aku sekarang dok usha usha satu benda yang agak menarik dan aku rasa benda ni agak menarik untuk di kongsi untuk korang semua. nak tanya sikit lah kan , korang tahu kan kraftangan yang di buat menggunakan hasil tangan sendiri? kraftangan ni di buat menggunakan kain felt. 

pernah dengar atau tidak? confirm pernah kan. ye lah kraftangan ni dah ramai yang mencuba untuk buat konon nya nak isi masa lapang die orang tapi hasil nya kraftangan ni lah yang bagi hasil yang agak lumayan. maybe lah. bagi aku lumayan wey. cuma amek masa dalam 20 or 30 minit boley dapat duit. sape tak nak kan? huhu

meh meh aku nak tunjuk kraftangan yang aku dah usha. * scroll ke bawah *







ni sebahagian yang aku tengok lah. banyak lagi. korang search lah kat google sana tu ea. hehe

cantik kan? aku sangat sangat jatuh cinta dengan ini kraftangan. rasa macam nak mencuba tu pun ada. haha. tapi kan aku nak bagitahu korang jugak yang idea mencuba kraftangan datang nya dari kawan rapat aku kat tempat study. ntah macam mana lah kan dengan mentiba nya aku pulak rasa nak mencuba. tu yang aku search pasal benda ni. tu yang aku " teringin nak mencuba " .. kot kot kan boleh membuahkan hasil nanti. insyaAllah... 

ok korang. tu je kot aku nak kongsi untuk cite yang tak berapa nak menarik ni. saja saja untuk tatapan mata korang dan sekadar perkongsian. kalau korang nak mencuba pun boleh. sekadar nak isi masa lapang kan. tak salah pun. hehe. 

bye, assalammualaikum. 

p/s :  ok korang aku nak bagitahu ni. aku rasa macam nak buat entry untuk blog aku ni 1 hari melebihi satu cite. ntah lah, aku rasa macam jari jemari aku ni nak bekerja untuk aku time cuti semester ni lah. so, nanti nanti kan next story ok. haha. lepas baca boleh lah komen then kalau rasa nak follow pun boleh lagi di alu alu kan. aku tak memaksa pun. hehe



Tuesday, 23 October 2012

HARAPAN..

Assalammualaikum w.b.t

selamat sejahtera tuan puan sekalian. yang jauh sangat tu mai dekat kan. yang dekat tu mai rapatkan. ni ha aku nak cite satu story buat hangpa semua. haha. tajuk dia tak de lah special sangat. tapi boleh lah untuk tatapan korang semua. tajuk dia macam kat atas lah. nampak kan kat atas sana. huhu. eh meh lah aku mention lagi sekali tajuk nya " harapan " . ada faham ka ?
semua orang ada impian kan? tak kira kecil mahupun besar. macam aku jugak ada impian. tapi impian yang aku nak cite kat hangpa semua bukan impian nak kawin, bukan impian untuk masa depan aku tapi impian yang sangat aku harap harapkan iaitu blog aku di kenali. bukan nak famous bagai nak rak tapi sekadar dikenali saja. hehe.
aku bukan nak berharap sangat sangat tapi ntah lah. haha. sekarang ni pun aku dah mula bersyukur dengan komen komen korang. ye lah, sape tak terharu kalau orang komen , orang singgah blog aku walaupun tak tekan button follow. aku tak kesah pun. tapi dengan kata kata " nice blog " sudah memadai untuk aku perbesarkan harapan aku ni. pape pun aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada korang korang yang dok baca entry aku ni walaupun tak berapa nak menarik. 
hmm, ape lagi ea? haaa... lagi satu besar harapan aku ni. teringin nak di follow oleh admin blog blog yang popular. haha. budak yang baru sejagung join blog ni nak di follow oleh admin blog popular ? buang tebiat ke aku ni kan ! tapi ape aku kesah sebab ni semua harapan aku. kalau satu hari ni harapan yang aku harap harap kan ni betul betul terjadi kan alhamdulillah lah. aku bersyukur sangat sangat. 
rasa nya cukup lah sampai ni je kot harapan aku. macam tajuk lagu yang tengah popular sekarang ni " sudah cukup cukup sudah ". haha. dah dah ain yang kau merepek lagi ni kenapa? stop stop lah wey. mak kau dah dok memanggil manggil sidai baju kat belakang tu. haha. ok done ini cite !

sekian. assalammualaikum!




p/s : ok u all , macam mana ini cite? ada "ong" tak. haha. ini sekadar perkongsian untuk korang semua. tak de lah menarik sangat. tapi macam aku cakap kan sekadar perkongsian. huhu. apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih sangat sangat sebab baca cite ni. kalau tak keberatan lah kan, kasi follow sikit. kasi komen sikit. harapan jugak tu. haha !